Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 8:2 - Alkitab Versi Borneo

2 “Berapa lama lagi engkau akan bercakap demikian? Kata-kata mulutmu seperti angin ribut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 “Berapa lama lagi engkau bercakap begitu? Hanya cakap angin kata-katamu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 “Berapa lama lagi engkau bercakap begitu? Hanya cakap angin kata-katamu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 8:2
14 Iomraidhean Croise  

Firman-Nya, “Keluarlah dan berdirilah di atas gunung itu, di hadapan TUHAN.” Kemudian TUHAN berlalu. Mendahului TUHAN ada angin yang besar dan kuat membelah gunung itu serta memecahkan bukit-bukit batu, tetapi TUHAN tidak ada di dalam angin itu. Sesudah angin itu ada gempa, tetapi TUHAN tidak ada di dalam gempa itu.


“Patutkah orang bijak berdegar-degar menjawab dengan pengetahuan hampa, dan memenuhi perutnya dengan angin timur?


Tidak habis-habiskah kata-kata kosong itu? Apakah yang mendesak kamu sehingga engkau menjawab?


“Berapa lama lagi kamu hendak mencari kata-kata? Sedarilah, sesudah itu baru kami akan berbicara.


Adakah kamu bermaksud menegur kata-kata dan menganggap penuturan orang yang putus asa seperti angin?


Kiranya Allah berkenan menghancurkan aku, kiranya Dia membiarkan tangan-Nya membunuh aku.


Oleh sebab itu aku tidak mahu menahan mulutku. Aku akan bercakap dalam kesesakan hatiku, aku akan mengeluh dalam kepahitan jiwaku.


Maka Bildad, orang Suah, menjawab,


Maka pergilah Musa dan Harun menghadap Firaun, lalu berkata kepadanya, “Beginilah firman TUHAN, Allah orang Ibrani, ‘Berapa lama lagi kamu menolak untuk merendahkan diri di hadapan-Ku? Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.


Maka berkatalah para pegawai Firaun kepadanya, “Berapa lama lagi orang ini akan menjadi jerat bagi kita? Kami mohon lepaskan sajalah orang Israel itu pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Belum sedarkah tuanku bahawa Mesir telah binasa?”


“Hai orang yang betul bendul, sampai bilakah kamu cinta akan keadaanmu sebagai orang yang betul bendul? Sampai bilakah para pencemuh gemar mencemuh, dan orang bodoh benci akan pengetahuan?


Para nabi seumpama angin, tidak ada firman pada mereka. Begitulah akan dilakukan terhadap mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan