Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Sesungguhnya, engkau telah mengajar ramai orang, dan engkau telah menguatkan tangan yang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Engkau telah mengajar banyak orang, dan engkau menguatkan orang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Engkau telah mengajar banyak orang, dan engkau menguatkan orang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 4:3
21 Iomraidhean Croise  

Aku telah memilih dia agar dia memerintahkan anak-anak serta kaum keluarganya untuk memelihara jalan TUHAN dengan melakukan yang benar dan adil. Dengan demikian, TUHAN memenuhi apa yang telah dijanjikan-Nya kepada Abraham.”


Mereka juga merayakan Hari Perayaan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari dengan sukacita, kerana TUHAN telah membuat mereka bersukacita dan mengubah hati raja Asyur terhadap mereka, sehingga dia membantu mereka dalam pekerjaan membina semula Rumah Allah yakni Allah Israel.


Tetapi aku akan menguatkan kamu dengan mulutku, penghiburan bibirku akan meredakan dukacita kamu.


Ketika telinga mendengar, aku disebut berbahagia; ketika mata melihat, aku dipuji,


Aku menjadi mata bagi orang buta dan kaki bagi orang tempang.


Aku menjadi bapa bagi fakir miskin, kuselidiki perkara orang yang tidak kuketahui.


Orang mendengar dan menantikan aku, mereka berdiam diri mendengar nasihatku.


Kata-katamu telah menegakkan orang yang jatuh, dan engkau telah meneguhkan lutut yang longlai.


Bibir orang benar menggandakan belas ihsan, tetapi orang yang bodoh mati kerana kurang berakal.


Bibir orang bijaksana menyebarkan pengetahuan, tetapi hati orang bodoh tidak demikian.


Orang yang bijak hati disebut orang berpengertian, dan bicara manis meningkatkan pembelajaran.


Kuatkanlah tangan yang lemah, tegapkan lutut yang gementar.


Tuhan ALLAH telah mengurniakan lidah seorang murid kepadaku, supaya dengan perkataanku aku tahu bagaimana menolong orang yang letih. Dia membangunkan aku pagi demi pagi, Dia menjadikan aku peka untuk mendengar seperti seorang murid.


Kerana kamu melemahkan hati orang benar dengan dusta padahal Aku tidak mendukakan dia, dan kamu menguatkan semangat orang fasiq sehingga dia tidak berbalik daripada jalan hidupnya yang jahat untuk menyelamatkan dirinya,


Pada hari itu akan dikatakan kepada Yerusalem, “Jangan takut, wahai Sion! Jangan biarkan tanganmu lemah.


Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.”


Malaikat dari syurga datang dan menguatkan-Nya.


Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran baik yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar.


Berikanlah perintah kepada Yosua, kuatkanlah dan teguhkanlah hatinya, kerana dialah yang akan memimpin bangsa ini menyeberang dan dialah yang akan memimpin mereka untuk mewarisi negeri yang akan engkau lihat itu.’


Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan kasih kurnia, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya.


Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lesu dan lutut yang lemah,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan