3 “Biarlah binasa hari ketika aku dilahirkan dan malam ketika orang mengatakan, ‘Seorang anak sedang dikandungkan!’
Kata Ayub,
Biarlah hari itu menjadi kegelapan. Semoga Allah jangan mengendahkannya dari atas, janganlah cahaya menyinarinya.
Malangnya aku, ya ibuku, kerana engkau melahirkan aku, seorang yang menjadi pokok perbantahan, seorang yang menjadi pokok pertengkaran bagi seluruh negeri. Aku tidak memberi hutang, dan juga aku tidak berhutang, tetapi mereka semua mengutuk aku.