Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 24:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Mereka mendorong fakir miskin dari jalan, fakir miskin di negeri terpaksa bersembunyi bersama-sama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri, maka orang papa terpaksa bersembunyi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri, maka orang papa terpaksa bersembunyi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 24:4
22 Iomraidhean Croise  

Si pembunuh bangun pada waktu fajar, dibunuhnya orang miskin dan orang melarat. Pada malam hari dia berlaku seperti pencuri.


kerana aku menyelamatkan orang miskin yang berteriak minta tolong, dan anak-anak yatim tiada sesiapa yang menolong mereka.


Aku menjadi bapa bagi fakir miskin, kuselidiki perkara orang yang tidak kuketahui.


Bukankah aku menangis kerana orang yang mengalami hari sukar? Bukankah hatiku bersedih kerana orang yang melarat?


Jika aku menolak keinginan fakir miskin, membuat sayu mata seorang balu;


jika aku melihat orang binasa kerana tidak punya pakaian, atau orang melarat tidak punya selimut,


Kerana dia tidak teringat hendak berbuat baik, tetapi dia menganiaya orang yang miskin dan sesak malah dia membunuh orang yang merana.


Diberkatilah orang yang mengambil berat terhadap orang miskin; TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesusahan.


Sesiapa menindas orang miskin, mencela Penciptanya, tetapi sesiapa yang mengasihani orang yang melarat, memuliakan Dia.


Sesiapa menindas orang miskin untuk memperkaya diri atau memberikan hadiah kepada orang kaya, hanya akan menderita kemiskinan.


Ketika orang benar menang, ada kemuliaan besar, tetapi ketika orang durjana bangkit, orang menyembunyikan diri.


Ketika orang durjana bangkit, orang menyembunyikan diri, tetapi ketika mereka binasa, orang benar bertambah ramai.


Ada keturunan yang giginya seperti pedang dan rahangnya seperti pisau, untuk membaham orang miskin dari bumi dan kaum tertindas daripada kalangan manusia.


untuk menjauhkan fakir miskin daripada mendapat keadilan serta merampas hak orang yang tertindas antara umat-Ku, supaya mereka dapat menjarah balu dan merampas harta anak yatim.


Dia menindas orang miskin dan orang melarat, merampas harta orang dan tidak mengembalikan gadaian. Dia memuja berhala-berhala dan melakukan kekejian,


Tetapi ayahnya yang melakukan pemerasan, merampas harta jirannya, dan melakukan hal yang tidak baik di tengah-tengah bangsanya, sungguh, dia akan mati dalam kesalahannya.


Rakyat negeri melakukan penganiayaan dan perampasan. Mereka menindas orang miskin dan orang melarat serta memeras pendatang tanpa mengendahkan hukum.


Mereka menginjak-injak kepala fakir miskin ke dalam debu tanah dan menyesatkan jalan orang lemah. Anak dan ayah meniduri perempuan muda yang sama, sehingga mencemari nama-Ku yang maha suci.


“Dengarlah firman ini, wahai lembu-lembu betina Basan di Gunung Samaria, yang memeras fakir miskin dan menindas orang yang melarat, serta yang berkata kepada suami masing-masing, ‘Bawalah ke mari, supaya kita boleh berpesta!’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan