Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 24:1 - Alkitab Versi Borneo

1 “Mengapakah Yang Maha Kuasa tidak menentukan masa penghakiman? Mengapakah kalangan yang mengenal Dia tidak melihat hari pengadilan-Nya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman, supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman, supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 24:1
29 Iomraidhean Croise  

TUHAN berfirman, “Akankah Kusembunyikan daripada Abraham apa yang hendak Kulakukan ini,


Sebab tujuh hari lagi Aku akan menurunkan hujan ke atas bumi ini empat puluh hari empat puluh malam lamanya, dan kesemua makhluk yang telah Kujadikan itu akan Kuhapuskan dari muka bumi.”


Orang fasiq menggeliat sakit seumur hidupnya, demikian juga orang kejam selama tahun-tahun yang disediakan baginya.


Usiaku berada dalam tangan-Mu; selamatkanlah aku daripada segala musuhku dan daripada mereka yang memburuku.


Teruskanlah kasih-Mu kepada mereka yang mengenal-Mu, dan perbenaran-Mu kepada mereka yang tulus hati.


Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu.


Berkatalah aku dalam hati bahawa Allah akan mengadili orang yang benar dan orang yang fasiq, kerana segala hal dan segala pekerjaan ada waktunya.


Sungguh, TUHAN alam semesta, menetapkan satu hari pembalasan bagi semua orang yang sombong dan bongkak, bagi semua orang yang meninggikan diri, supaya mereka direndahkan;


Yang sedikit akan menjadi suatu kaum, yang kecil akan menjadi suatu bangsa yang kuat. Aku, TUHAN, akan segera mewujudkannya pada waktunya.”


Itulah hari Tuhan, ALLAH alam semesta, hari pembalasan untuk menuntut balas kepada lawan-lawan-Nya. Pedang akan makan sampai kenyang dan akan puas minum darah mereka, kerana Tuhan, ALLAH alam semesta, mengadakan upacara korban di tanah utara, di tepi Sungai Efrat.


Dia mengubah waktu dan musim, Dia memecat dan melantik raja-raja. Dia mengurniakan hikmah kepada orang bijak dan pengetahuan kepada orang yang memiliki pengertian.


Sebab bagi segala bangsa, hari TUHAN sudah menjelang. Apa yang kamu lakukan kepada orang lain begitu jugalah akan dilakukan kepadamu, akibat perbuatanmu akan kembali menimpa kepalamu sendiri.


Berdiam dirilah di hadirat Tuhan ALLAH, kerana hari TUHAN sudah dekat. Sungguh, TUHAN telah menyiapkan upacara korban, dan telah menyucikan para undangan-Nya.


Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera.


Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus.


Dia berkata kepada mereka, “Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri.


Daripada seorang manusia Dia menjadikan semua bangsa manusia yang menduduki seluruh muka bumi; Dia juga menetapkan masa dan daerah tempat mereka hidup.


Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil.


Saudara-saudara, soal tentang masa dan detiknya tidaklah perlu kami tulis kepadamu.


Roh Kudus menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.


yang akan ditunjukkan Tuhan pada masa yang ditentukan oleh-Nya sendiri. Dia Pemerintah Yang Terpuji dan satu-satunya Raja segala raja dan Tuan segala tuan.


Dengan tamak haloba, mereka akan memperalatkan kamu melalui kata-kata dusta. Hukuman untuk mereka sudah ditetapkan dan akan menimpa mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan