Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Firman TUHAN kepada Iblis, “Sudahkah kauperhatikan hamba-Ku Ayub? Sesungguhnya, tidak ada orang yang seperti dia di bumi. Dia tidak bercela, tulus dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan. Dia tetap berpegang teguh pada kesalihannya, sungguhpun engkau telah menghasut Aku untuk membinasakan dia dengan tidak semena-mena.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 2:3
26 Iomraidhean Croise  

Inilah riwayat Nuh. Dalam kalangan yang sezaman dengannya, Nuh seorang yang benar dan tidak tercela. Dia hidup akrab dengan Allah.


Lalu Yoab menjawab demikian, “Janganlah, janganlah aku sekali-kali menelan atau memusnahkan!


Ada seorang lelaki yang bernama Ayub di Tanah Us. Dia tidak bercela, juga tulus dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan.


Tetapi cuba hulurkan tangan-Mu dan sentuhlah segala miliknya, pasti dia akan mengutuk Engkau di hadapan-Mu.”


Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN, dan Iblis turut sama dalam kalangan itu.


Firman TUHAN kepada Iblis, “Sudahkah kauperhatikan hamba-Ku Ayub? Sesungguhnya, tidak ada orang yang seperti dia di bumi. Dia tidak bercela, tulus, dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan.”


Sekalipun Dia membunuhku, aku mahu tetap berharap kepada-Nya. Hanya, aku hendak membela perilakuku di hadapan-Nya.


Berfirmanlah TUHAN kepada Iblis, “Dari mana engkau?” Jawab Iblis kepada TUHAN, “Dari perjalanan mengelilingi dan menjelajahi bumi.”


Jawab Iblis kepada TUHAN, “Kulit ganti kulit! Orang akan memberikan segala miliknya ganti nyawanya.


kerana Dia meremukkan aku dengan angin badai dan memperbanyak lukaku tanpa sebab.


Meskipun aku benar, mulutku sendiri akan menyatakan aku bersalah. Meskipun aku tidak bercela, Dia akan menyatakan aku bengkok.


Tunjukkanlah kebenaranku, ya TUHAN, kerana aku telah hidup dalam ketulusan; dan aku percaya kepada TUHAN maka aku tidak tergelincir.


Perhatikan orang yang tidak bercela, teliti orang yang tulus; kerana masa hadapannya adalah kesejahteraan.


Dan Engkau menegakkan aku dalam keikhlasanku dan meletakkan aku di hadirat-Mu selama-lamanya.


Orang benar dilepaskan daripada kesesakan, yang lantas menimpa orang durjana.


Perbenaran mengawal orang yang hidup tidak bercela, tetapi kejahatan menghancurkan orang yang berdosa.


Sesiapa yang hidup jujur, takut kepada TUHAN, tetapi orang yang menyimpang perilakunya menghina Dia.


Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang yang tulus memang keredaan-Nya.


Jalan orang yang tulus menjauhi kejahatan, dan sesiapa menjaga jalannya, memelihara nyawanya.


Yesus menjawab, “Bukan dosa dia dan bukan juga dosa ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.


Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus.


Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali.


Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan