Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 10:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Adakah baik bagi-Mu bahawa Engkau menindas aku, bahawa Engkau memandang hina karya tangan-Mu, sementara Engkau menerangi rancangan orang fasiq?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 10:3
27 Iomraidhean Croise  

Tangan-Mu yang membentuk aku dan menjadikan aku, tetapi Engkau berpaling dan hendak memusnahkan aku.


Engkau akan memanggil dan aku akan menjawab Engkau, Engkau akan rindu kepada buatan tangan-Mu ini.


sehingga engkau memalingkan hatimu menentang Allah dan mengeluarkan kata-kata semacam itu daripada mulutmu?


Allah menyerahkan aku kepada orang zalim, dan menjatuhkan aku ke dalam tangan orang fasiq.


ketahuilah sekarang bahawa Allah telah membengkokkan perkaraku dan melingkupi aku dengan jaring-Nya.


Namun demikian, kemakmuran mereka tidak terletak dalam kuasa mereka sendiri! Maka nasihat orang fasiq itu memang jauh daripadaku.


Padahal Dialah yang memenuhi rumah mereka dengan segala yang baik-baik. Nasihat orang fasiq jauh daripadaku.


“Demi Allah yang hidup, yang telah mengambil hakku, demi Yang Maha Kuasa, yang telah membuat jiwaku menjadi getir,


Engkau berubah jadi bengis terhadap aku, dengan kekuatan tangan-Mu Engkau menganiaya aku.


Bukankah Dia, yang menjadikan aku dalam kandungan, menjadikan orang itu juga? Bukankah Satu juga yang membentuk kami dalam rahim?


Roh Allah telah menjadikan aku, nafas Yang Maha Kuasa menghidupkan aku.


“Adakah si penuduh mahu berbantah melawan Yang Maha Kuasa? Biarlah dia yang menegur Allah menjawab!”


Apakah engkau mahu membatalkan pengadilan-Ku? Apakah engkau mahu mempersalah Aku supaya engkau benar?


Ketahuilah, Allah tidak menolak orang yang tidak bercela dan tidak menolong orang yang berbuat jahat.


Semuanya sama sahaja, kerana itu aku berkata: Dia memusnahkan orang yang tidak bercela dan juga orang fasiq.


Bumi telah diserahkan ke dalam tangan orang fasiq. Dia menyelubungi muka para hakim di bumi; kalau bukan Dia, lalu siapa lagi?


Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.


TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku; kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya — janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.


Kerana TUHAN mendengar rayuan orang miskin dan tidak menyingkiri umat-Nya yang dipenjarakan.


Tetapi sekarang, ya TUHAN, Engkaulah Bapa bagi kami. Kamilah tanah liat dan Engkaulah tukang tembikar. Kami semua memang hasil buatan tangan-Mu.


Oleh itu, mereka yang menderita menurut kehendak Allah hendaklah berbuat baik sambil berserah kepada Allah, Pencipta yang setia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan