Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Miliknya termasuk 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 500 pasang lembu, 500 ekor keldai betina, dan ramai hamba. Oleh itu, dia menjadi orang terkaya antara semua orang di timur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 serta memiliki sebanyak 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 1,000 ekor lembu, dan 500 ekor keldai. Dia juga mempunyai banyak hamba, dan dialah orang yang paling kaya antara penduduk di daerah Timur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 serta memiliki sebanyak 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 1,000 ekor lembu, dan 500 ekor keldai. Dia juga mempunyai banyak hamba, dan dialah orang yang paling kaya antara penduduk di daerah Timur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 1:3
34 Iomraidhean Croise  

dan Firaun melayan Abram dengan baik demi perempuan itu. Abram mendapat kawanan domba, lembu, keldai jantan dan betina, unta, serta para hamba lelaki dan perempuan.


Abram menuju Tanah Kanaan dengan membawa Sarai isterinya dan Lut anak saudaranya bersama-samanya, serta segala harta benda serta kalangan yang diperoleh mereka sewaktu di Haran. Lalu tibalah mereka di Tanah Kanaan.


Maka tidaklah muat daerah itu untuk kesemua mereka tinggal bersama-sama kerana harta benda mereka begitu banyak


TUHAN sangat memberkati tuanku itu sehingga dia menjadi kaya. TUHAN mengurniakan kepadanya kawanan domba, lembu, unta, dan keldai, juga emas dan perak, serta hamba-hamba lelaki dan perempuan.


tetapi dia hanya memberikan pemberian kepada anak-anak gundik-gundiknya. Semasa Abraham masih hidup, dia menyuruh mereka meninggalkan Ishak anaknya dan pergi ke sebelah timur, ke Tanah Timur.


Maka berangkatlah Yakub meneruskan perjalanannya ke negeri orang di sebelah timur.


iaitu dua ratus ekor kambing betina, dua puluh ekor kambing jantan, dua ratus ekor domba betina, dua puluh ekor domba jantan,


Bukankah kelak segala ternakan mereka, harta milik mereka, dan segala haiwan mereka akan menjadi milik kita? Kita cuma perlu menyetujui syarat mereka, sehingga mereka mahu tinggal bersama-sama kita.”


Si kaya memiliki banyak sekali kawanan domba dan lembu.


Kebijaksanaan Salomo melebihi kebijaksanaan seluruh bani Timur dan segala kebijaksanaan orang Mesir.


Wang yang dikeluarkan itu dibebankan Menahem atas orang Israel, iaitu atas semua orang yang kaya-raya. Setiap orang harus memberikan lima puluh syikal perak untuk selanjutnya diberikan kepada raja Asyur. Lalu pulanglah raja Asyur dan tidak lagi tinggal di negeri itu.


Mesa, raja Moab, seorang penternak domba. Dia biasa membayar ufti berupa seratus ribu ekor anak domba dan bulu daripada seratus ribu ekor domba jantan kepada raja Israel.


Penanggungjawab atas unta-unta: Obil, orang Ismael. Penanggungjawab atas keldai-keldai: Yehdeya, orang Meronot.


Dia juga membina beberapa buah menara di gurun dan menggali banyak perigi, kerana dia mempunyai banyak ternakan, baik di Dataran Rendah mahupun di Dataran Tinggi. Dia mengerahkan para petani dan para penjaga kebun anggur di gunung-gunung serta di ladang yang subur, kerana dia menyukai bidang pertanian.


Selain itu, dia membuat kota-kota baginya dan memperoleh kawanan domba dan kawanan lembu dalam jumlah yang besar kerana Allah mengurniakan banyak sekali harta benda kepadanya.


Bukankah Engkau menegakkan pagar di sekelilingnya dan seisi rumahnya serta segala hartanya? Engkau memberkati pekerjaan tangannya, dan ternakannya semakin bertambah di negeri itu.


Anaknya selalu bergilir-gilir mengadakan jamuan di rumah masing-masing, dan mereka akan menyuruh orang untuk menjemput ketiga-tiga saudara perempuan mereka untuk makan dan minum bersama-sama.


Kamu berkata, ‘Di mana rumah pemuka itu? Di manakah khemah kediaman orang fasiq itu?’


Aku memilih jalan bagi mereka dan duduk sebagai kepala. Aku bersemayam seperti raja di tengah-tengah pasukannya, seperti orang yang menghiburkan kalangan yang berkabung.’ ”


jika aku bersukacita kerana besarnya kekayaanku dan kerana banyaknya perolehan tanganku;


Aku akan menyatakan jumlah langkahku kepada-Nya. Aku akan menghampiri Dia selaku seorang bangsawan.


Setelah Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya, TUHAN memulihkan keadaan mereka. Kemudian TUHAN menambahkan segala milik Ayub dua kali lipat ganda dari dahulu.


TUHAN memberkati sisa hidup Ayub lebih daripada sebelumnya. Dia memiliki 14,000 ekor kambing dan domba, 6,000 ekor unta, 1,000 pasang lembu, dan 1,000 ekor keldai betina.


Berkat TUHAN mengayakan, dan Dia tidak menambahkan kesusahan kepadanya.


Mengenai Kedar dan kerajaan-kerajaan Hazor yang dikalahkan oleh Nebukadnezar, raja Babel. Beginilah firman TUHAN, “Bersiaplah dan seranglah Kedar, binasakanlah bani Timur!


Kemudian Bileam mengungkap ucapannya: “Dari Aram, dari gunung-gunung wilayah timur, aku dijemput oleh Balak, raja Moab. Katanya, ‘Datanglah, kutuklah Yakub bagiku. Datanglah, kecamlah Israel.’


Setiap kali orang Israel selesai menyemai benih tanaman, orang Midian, orang Amalek dan orang dari sebelah timur akan tiba menggempur mereka.


Sebabnya para penentang mara bersama-sama ternakan dan khemah mereka, dan teramat ramai yang menyerbu seperti belalang. Tidak terkira jumlah orang dan unta mereka yang mendatangi dan memusnahkan bumi Israel.


Orang Midian dan orang Amalek dan semua orang dari sebelah timur itu bergelimpangan di lembah itu, seperti belalang yang berkerumun dan unta mereka tidak terhitung seperti pasir di tepi laut.


Ketika itu, Zebah dan Salmuna berada di Karkor bersama-sama bala tentera mereka seramai kira-kira lima belas ribu orang, yakni antara orang dari sebelah timur yang masih hidup setelah terkorbannya seratus dua puluh ribu orang askar yang bersenjatakan pedang.


Di Maon ada seorang lelaki yang mempunyai perusahaan di Karmel. Orang itu sangat kaya: dia mempunyai tiga ribu ekor domba dan seribu ekor kambing. Dia berada di Karmel pada waktu pengetaman bulu domba-dombanya.


Apabila Daud memusnahkan negeri itu, tiada seorang pun yang dibiarkannya hidup, baik lelaki mahupun perempuan. Dia menjarah domba, lembu, keldai, unta dan pakaian, kemudian pulanglah dia semula kepada Akhis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan