Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kemudian berkatalah raja: “Daripada keluarga Saul, tidak adakah lagi orang yang tinggal? Aku hendak menunjukkan kepadanya kasih daripada Allah.” Jawab Ziba kepada raja, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan yang tempang kedua-dua belah kakinya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup, supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?” Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan. Dia tempang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup, supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?” Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan. Dia tempang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:3
11 Iomraidhean Croise  

Jawabnya, “Ya Tuanku Raja, hambamu ini telah diperdaya oleh Ziba. Kerana hambamu ini tempang, hamba berkata, ‘Pakaikan pelana pada seekor keldai bagiku. Aku akan menungganginya dan pergi bersama-sama raja.’


Tetapi dia memfitnah hambamu ini di hadapan Tuanku Raja. Meskipun demikian, Tuanku Raja adalah seperti malaikat Allah. Biarlah tuanku melakukan apa yang baik di mata tuanku,


Yonatan anak Saul mempunyai seorang anak lelaki yang cacat kedua-dua belah kakinya. Ketika dia berumur lima tahun khabar tentang Saul dan Yonatan sampai dari Yizreel. Pengasuh anak itu terus mengambilnya lalu melarikan diri, dan dalam keadaan terburu-buru itu, anak itu terjatuh lalu menjadi tempang. Nama anak itu ialah Mefiboset.


Demikianlah Mefiboset, yang tempang kedua-dua belah kakinya itu, tinggal di Yerusalem dan selalu makan di meja raja.


Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”


Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.”


Meskipun begitu, kepada nenek moyangmulah TUHAN terpaut sehingga Dia mengasihi mereka dan memilih kamu, iaitu keturunan mereka, daripada segala bangsa seperti yang terjadi pada hari ini.


Kerana Dia mengasihi nenek moyangmu, maka Dia memilih keturunan mereka. Dia menuntun kamu keluar dari Mesir dengan hadirat-Nya, iaitu dengan kuasa-Nya yang besar,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan