Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Berkatalah Ziba kepada raja: “Semua yang diperintahkan Tuanku Raja akan hamba laksanakan.” Maka Mefiboset makan di meja Daud sebagai salah seorang anak raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Ziba menjawab, “Hamba akan melaksanakan segala perintah tuanku.” Oleh itu Mefiboset makan bersama-sama raja, seperti salah seorang putera Raja Daud sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Ziba menjawab, “Hamba akan melaksanakan segala perintah tuanku.” Oleh itu Mefiboset makan bersama-sama raja, seperti salah seorang putera Raja Daud sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:11
8 Iomraidhean Croise  

Para pegawai raja berkata kepada raja, “Sesungguhnya, hamba-hambamu siap sedia melaksanakan apa-apa sahaja yang diputuskan oleh Tuanku Raja.”


Bersama-sama dia ada seribu orang Benyamin dan juga Ziba, pelayan keluarga Saul itu, berserta lima belas anak lelakinya dan dua puluh hambanya. Mereka menyeberangi Sungai Yordan untuk mendahului raja,


Cucu Saul, Mefiboset, juga datang menyongsong raja. Dia tidak membersihkan kakinya, tidak mencukur janggutnya, dan tidak mencuci pakaiannya sejak raja pergi sehingga raja pulang dengan selamat.


Jawabnya, “Ya Tuanku Raja, hambamu ini telah diperdaya oleh Ziba. Kerana hambamu ini tempang, hamba berkata, ‘Pakaikan pelana pada seekor keldai bagiku. Aku akan menungganginya dan pergi bersama-sama raja.’


Engkau, anak-anakmu dan hamba-hambamu harus mengerjakan tanah baginya serta mengumpulkan hasil supaya cucu tuanmu ini cukup makanan. Mefiboset, cucu tuanmu itu, akan selalu makan di mejaku.” Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.


Mefiboset mempunyai seorang anak lelaki bernama Mikha yang masih kecil, dan semua orang yang tinggal di rumah Ziba ialah hamba Mefiboset.


Demikianlah Mefiboset, yang tempang kedua-dua belah kakinya itu, tinggal di Yerusalem dan selalu makan di meja raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan