Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Engkau, anak-anakmu dan hamba-hambamu harus mengerjakan tanah baginya serta mengumpulkan hasil supaya cucu tuanmu ini cukup makanan. Mefiboset, cucu tuanmu itu, akan selalu makan di mejaku.” Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Kamu, anak-anakmu dan hamba-hambamu, mesti mengusahakan tanah itu untuk keluarga tuanmu, dan berikanlah hasil tanah itu kepada mereka untuk mencukupi keperluan mereka. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.” (Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Kamu, anak-anakmu dan hamba-hambamu, mesti mengusahakan tanah itu untuk keluarga tuanmu, dan berikanlah hasil tanah itu kepada mereka untuk mencukupi keperluan mereka. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.” (Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:10
10 Iomraidhean Croise  

Tanya raja, “Di manakah anak tuanmu?” Jawab Ziba kepada raja, “Dia tinggal di Yerusalem, kerana katanya, ‘Pada hari ini keturunan kaum Israel akan mengembalikan kepadaku kerajaan ayahku.’ ”


lalu mereka menanti di tempat penyeberangan untuk membantu keluarga raja dan untuk melakukan apa yang dipandangnya baik. Simei anak Gera sujud di hadapan raja setelah baginda menyeberangi Sungai Yordan,


kerana sesungguhnya seluruh kaum keluarga hamba hanyalah orang yang patut dihukum mati di hadapan Tuanku Raja, namun tuanku telah menempatkan hambamu ini antara orang yang makan di meja tuanku. Hak apakah yang masih ada pada hamba untuk mengajukan tuntutan kepada Raja?”


Tetapi raja berasa sayang kepada Mefiboset anak Yonatan anak Saul, kerana ada sumpah demi TUHAN antara mereka, iaitu antara Daud dengan Yonatan anak Saul.


Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”


Akan tetapi, kepada anak-anak Barzilai, orang Gilead itu, tunjukkanlah kasihmu. Biarlah mereka termasuk kalangan yang mendapat makanan dari mejamu, kerana demikianlah mereka menyambut aku ketika aku melarikan diri daripada Absalom, abangmu.


Yoyakhin pun mengganti pakaian penjaranya, dan seumur hidupnya dia sentiasa makan di hadapan raja.


Raja Babel sentiasa memberinya peruntukan makanan sekadar keperluan sehari-hari, seumur hidupnya sampai hari matinya.


Salah seorang jemputan itu mendengar kata-kata Yesus lalu berkata, “Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan