Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Berkatalah Daud, “Masih adakah orang yang tinggal daripada keluarga Saul? Maka aku akan menunjukkan kasihku kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:1
15 Iomraidhean Croise  

Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita.


Tetapi raja berasa sayang kepada Mefiboset anak Yonatan anak Saul, kerana ada sumpah demi TUHAN antara mereka, iaitu antara Daud dengan Yonatan anak Saul.


Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”


Akan tetapi, kepada anak-anak Barzilai, orang Gilead itu, tunjukkanlah kasihmu. Biarlah mereka termasuk kalangan yang mendapat makanan dari mejamu, kerana demikianlah mereka menyambut aku ketika aku melarikan diri daripada Absalom, abangmu.


Jangan tinggalkan sahabatmu atau sahabat ayahmu, dan jangan datangi rumah saudaramu pada waktu kemalanganmu; tetangga yang dekat lebih baik daripada saudara yang jauh.


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberikan minum walau hanya secawan air sejuk kepada seorang murid-Ku yang paling rendah pun kerana dia murid-Ku, pasti akan mendapat ganjarannya.”


Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberimu secawan air dalam nama-Ku, kerana kamu pengikut Kristus, pasti akan mendapat ganjarannya.”


Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.


Yonatan berkata kepada Daud, “Pergilah dengan selamat, kerana kita berdua telah bersumpah demi nama TUHAN, ‘TUHAN akan ada antara aku dengan engkau, dan antara keturunanku dengan keturunanmu untuk selama-lamanya.’ ” Sesudah itu Daud bergegas pergi manakala Yonatan kembali ke kota.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan