Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Daud juga mengalahkan Hadadezer anak Rehob, Raja Zoba, pada waktu dia pergi untuk memulihkan kekuasaannya di Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Selepas itu Raja Daud mengalahkan Hadadezer anak Rehob, raja di Zoba di negeri Siria. Pada masa itu Hadadezer sedang dalam perjalanan pulang untuk memulihkan kekuasaannya di wilayah hulu Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Selepas itu Raja Daud mengalahkan Hadadezer anak Rehob, raja di Zoba di negeri Siria. Pada masa itu Hadadezer sedang dalam perjalanan pulang untuk memulihkan kekuasaannya di wilayah hulu Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 8:3
15 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram, firman-Nya, “Kepada keturunanmu Kuberikan negeri ini, dari Wadi Mesir sampai sungai besar, iaitu Sungai Efrat,


Orang Aram menyedari bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel. Oleh sebab itu mereka berkumpul bersama-sama.


Kemudian Hadadezer menyuruh agar orang Aram yang berada di seberang Sungai Efrat dipanggil keluar. Mereka pun datang ke Helam, lalu Sobakh, panglima tentera Hadadezer, menjadi pemimpin mereka.


Ketika semua raja yang takluk kepada Hadadezer melihat bahawa mereka telah dikalahkan di hadapan orang Israel, mereka pun mengadakan perjanjian damai dengan orang Israel lantas menjadi umat yang takluk kepada mereka. Setelah itu, orang Aram takut membantu bani Amon lagi.


Ketika bani Amon menyedari bahawa mereka telah membangkitkan kebencian Daud, mereka mengupah orang Aram dari Bet-Rehob dan dari Zoba seramai dua puluh ribu orang pasukan berjalan kaki, raja Maakha dengan seribu orangnya, serta dua belas ribu orang Tob.


Yigal anak Natan, dari Zoba; Bani, orang Gad;


Salomo menjadi penguasa atas seluruh kerajaan, mulai Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin, bahkan sampai ke perbatasan Mesir. Mereka membawa persembahan dan menjadi warga takluk kepada Salomo seumur hidup.


Selain itu Daud juga mengalahkan Hadadezer, raja Zoba, dekat Hamat, sewaktu dia pergi menegakkan kekuasaannya di Sungai Efrat.


Kemudian Salomo maju ke Hamat-Zoba dan menaklukinya.


Ya Allah, Engkau telah menyingkiri kami, Engkau telah membiarkan kami tewas; Engkau telah murka — terimalah kami semula!


Dia akan berkuasa dari laut ke laut dan dari Sungai Efrat ke hujung bumi.


Aku akan menentukan batas daerahmu, iaitu dari Laut Merah sampai Laut Filistin, dan dari gurun sampai ke Sungai Efrat. Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tanganmu, dan kamu akan mengusir mereka dari hadapanmu.


Setiap tempat yang dipijak oleh telapak kakimu akan menjadi milikmu. Daerahmu akan terbentang dari gurun sampai Lebanon, dan dari sungai itu, iaitu Sungai Efrat, sampai laut di sebelah barat.


Setelah Saul menjadi raja Israel, dia memerangi kesemua musuhnya di segala penjuru. Dilawannya Moab, bani Amon, Edom, raja-raja Zoba, dan orang Filistin. Ke mana-mana pun dia pergi, dibuatnya mereka susah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan