2 Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya.
2 Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.
2 Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.
Dia juga mengangkut rakyat kota itu dan menempatkan mereka untuk bekerja dengan gergaji, penggerek besi, dan kapak besi. Selain itu mereka pun dipaksa bekerja di tempat pembuatan batu bata. Demikianlah yang dilakukannya terhadap semua kota bani Amon. Kemudian kembalilah Daud dan seluruh pasukannya ke Yerusalem.
Kemudian Daud menempatkan pasukan pendudukan di Aram Damsyik. Orang Aram pun menjadi taklukan Daud dan wajib mempersembahkan ufti kepadanya. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi.
Salomo menjadi penguasa atas seluruh kerajaan, mulai Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin, bahkan sampai ke perbatasan Mesir. Mereka membawa persembahan dan menjadi warga takluk kepada Salomo seumur hidup.
Jangan dengarkan Hizkia, kerana beginilah titah raja Asyur: Adakanlah perjanjian damai denganku dan temuilah aku, maka setiap orang daripada kamu akan makan hasil pokok anggur dan pokok ara masing-masing serta minum air perigi masing-masing,
Aku melihat dia tetapi bukan sekarang. Aku memandang dia tetapi bukan dari dekat. Sebuah bintang akan terbit daripada Yakub, sebuah cokmar pemerintahan akan timbul dari Israel, yang akan meremukkan dahi segala bani Moab dan merobohkan semua bani Set.
Tetapi beberapa orang yang jahat berkata, “Mana mungkin orang ini mampu menyelamatkan kita?” Mereka meremehkan Saul dan tidak mahu membawa persembahan kepadanya. Namun begitu, Saul berdiam diri sahaja.
Setelah Saul menjadi raja Israel, dia memerangi kesemua musuhnya di segala penjuru. Dilawannya Moab, bani Amon, Edom, raja-raja Zoba, dan orang Filistin. Ke mana-mana pun dia pergi, dibuatnya mereka susah.
Dari situ Daud berpindah ke Mizpa di Moab. Berkatalah dia kepada raja Moab, “Izinkanlah ayah dan ibu hamba datang ke mari dan tinggal dengan tuanku, sampai hamba mengetahui apa yang akan dilakukan Allah terhadap hamba.”