Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Aku telah menyertai engkau ke mana saja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan musuhmu ketika engkau bertempur. Sekarang Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Aku telah menyertai engkau ke mana saja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan musuhmu ketika engkau bertempur. Sekarang Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:9
23 Iomraidhean Croise  

Aku akan membuat kamu menjadi suatu bangsa yang besar. Aku akan memberkati kamu dan menjadikan namamu hebat. Kamu akan menjadi suatu keberkatan!


Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN ketika TUHAN menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul.


Kerana Engkau, aku dapat menerobos suatu gerombolan, kerana Allahku aku dapat melompati tembok.


Kuhancurkan mereka seperti debu tanah, kutumbuk dan kuinjak-injak mereka seperti lumpur di jalan.


Inilah kata-kata terakhir Daud: “Kata-kata Daud anak Isai, kata-kata orang yang disanjung tinggi, orang yang dilantik oleh Allah Yakub, dan penggubah mazmur di Israel:


Maka kebesaran Daud semakin bertambah, kerana TUHAN, Allah alam semesta, menyertainya.


Nama Daud menjadi masyhur sekembalinya daripada menewaskan tentera seramai lapan belas ribu orang Edom di Lembah Garam.


Dia menempatkan pasukan pendudukan di seluruh Tanah Edom, dan semua orang Edom menjadi taklukan Daud. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi.


Kemudian Daud menempatkan pasukan pendudukan di Aram Damsyik. Orang Aram pun menjadi taklukan Daud dan wajib mempersembahkan ufti kepadanya. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi.


Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu masyhur, seperti nama orang besar yang ada di bumi.


Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu.


Aku akan menumbangkan musuhnya di hadapan matanya dan menyeksa mereka yang membencinya.


Dia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka dan mengangkat tinggi orang yang hina;


Demikianlah TUHAN menyertai Yosua, dan kemasyhurannya tersiar di seluruh negeri itu.


dan dia berhasil dalam segala tugas yang dijalankannya kerana TUHAN menyertainya.


Para pemimpin Filistin terus maju berperang dan sebagaimana kerapnya mereka maju untuk memerangi tentera orang Israel, Daud lebih berhasil daripada semua pegawai Saul, sehingga namanya menjadi sebegitu masyhur lagi dikagumi.


Dia membangkitkan orang miskin daripada debu dan mengangkat orang melarat daripada timbunan sampah untuk didudukkan bersama dengan para bangsawan, sehingga mereka mewarisi takhta kemuliaan. Tiang-tiang bumi sememangnya milik TUHAN, dan di atasnya, Dia menempatkan bumi ini.


Pada hari itu, gugurlah Saul, ketiga-tiga orang anaknya dan pembawa senjatanya, dan seluruh tenteranya.


Lalu mereka menghantar tabut Allah itu ke Ekron. Tetapi apabila tabut Allah tiba di Ekron, menjeritlah orang Ekron. Kata mereka, “Mereka memindahkan tabut Allah Israel ini ke tempat kita untuk mematikan kita dan rakyat kita!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan