2 Samuel 7:8 - Alkitab Versi Borneo8 Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)8 Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik8 Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel. Faic an caibideil |
Kata Salomo, “Engkau telah menunjukkan kasih yang besar kepada hamba-Mu Daud, ayahku, kerana dia hidup di hadirat-Mu dengan setia, benar, dan tulus hati. Engkau telah meneguhkan kasih yang besar ini baginya dengan mengurniakannya seorang anak yang duduk di atas takhtanya, sebagaimana nyata pada hari ini.
Kata Daud kepada Allah, “Bukankah aku yang menyuruh penghitungan rakyat dijalankan? Akulah yang berdosa dan melakukan kejahatan. Tetapi domba-domba ini, apakah yang telah dilakukan oleh mereka? Ya TUHAN, Allahku, biarlah tangan-Mu melawan aku dan kaum keluargaku, tetapi janganlah wabak melanda umat-Mu.”
Lalu Samuel mengambil kendi berisi minyak zaitun lantas menuangnya ke atas kepala Saul lalu menciumnya sambil berkata, “Bukankah TUHAN telah melantik engkau untuk menjadi raja atas umat-Nya Israel? Engkau akan memegang tampuk pemerintahan atas umat TUHAN, dan engkau akan menyelamatkan mereka daripada tangan para musuh yang ada di sekitar. Inilah tanda bagimu, bahawa TUHAN telah menobatkan engkau untuk menjadi raja atas pusaka milik-Nya sendiri.
“Esok, pada waktu seperti ini, Aku akan menyuruh seorang lelaki dari Tanah Benyamin datang kepadamu. Lantiklah dia untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, orang Israel. Dia akan menyelamatkan umat-Ku daripada tangan orang Filistin, kerana Aku telah memperhatikan umat-Ku. Seruan mereka telah sampai kepada-Ku.”