Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Ke mana-mana jua sahaja Aku mengembara bersama dengan seluruh orang Israel, pernahkah Kukatakan kepada mana-mana hakim yang Kuperintahkan menggembala umat-Ku Israel, ‘Mengapakah kamu tidak membina bagi-Ku sebuah bait daripada kayu araz?’ ” ’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Selama perjalanan-Ku dengan umat Israel, belum pernah Aku bertanya kepada sesiapa pun pemimpin yang Aku pilih, apa sebabnya mereka tidak membina rumah daripada kayu sedar untuk Aku.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Selama perjalanan-Ku dengan umat Israel, belum pernah Aku bertanya kepada sesiapa pun pemimpin yang Aku pilih, apa sebabnya mereka tidak membina rumah daripada kayu sedar untuk Aku.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:7
19 Iomraidhean Croise  

Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja atas kami, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN pun telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah yang akan menggembala umat-Ku, Israel, dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas orang Israel.’ ”


Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN, Allahmu, telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah akan menggembala umat-Ku Israel dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas umat-Ku Israel.’ ”


Ke mana jua sahaja Aku mengembara bersama dengan seluruh orang Israel, pernahkah Kukatakan kepada mana-mana hakim yang Kuperintahkan menggembala umat-Ku Israel, ‘Mengapakah kamu tidak membina bagi-Ku sebuah bait daripada kayu araz?’ ” ’


Dia menggembala kawanan domba-Nya seperti seorang gembala. Dia mengumpulkan anak domba dengan tangan-Nya dan mendukung mereka rapat ke dada-Nya. Dia akan membimbing induk-induk domba yang menyusu dengan lembut.


Beginilah firman TUHAN, “Langit takhta-Ku dan bumi alas kaki-Ku. Rumah apakah yang hendak kamu bina untuk-Ku, dan di manakah tempat rehat-Ku?


Aku akan mengangkat gembala-gembala yang akan mengurus mereka. Mereka tidak akan takut lagi, tidak akan kecut hati, dan tidak akan hilang seekor pun,” demikianlah firman TUHAN.


Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku. Mereka akan menggembala kamu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.


Aku sendiri akan menggembala domba-Ku dan Aku akan membaringkan mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


“Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang para gembala Israel. Bernubuatlah dan katakan kepada mereka, kepada para gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya para gembala Israel yang hanya mengurus diri sendiri! Bukankah gembala seharusnya mengurus dombanya?


Akan Kuangkat seorang gembala atas mereka, iaitu hamba-Ku Daud, dan dia akan mengurus mereka serta menjadi gembala mereka.


Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Jagalah dirimu dan semua kawanan kerana kamulah yang telah diamanahkan Roh Kudus untuk menjadi penyelia bagi menggembalakan jemaah Allah yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri.


sambil berseru, “Hai orang Israel, marilah tolong kami! Inilah dia orang yang menyebarkan di merata-rata ajaran yang menghina kaum kita, Taurat dan Bait Suci. Dia juga telah membawa orang Yunani ke dalam Bait Suci, menajiskan tempat suci ini.”


Sebabnya TUHAN, Allahmu, hadir menyertai kamu di tengah-tengah perkhemahanmu untuk menolongmu dan menyerahkan musuh-musuhmu kepadamu. Oleh itu, perkhemahanmu hendaklah suci supaya jangan Dia melihat hal yang tidak bersih di antaramu lalu berpaling daripada kamu.


Kepada tua-tua jemaah dalam kalanganmu, kutujukan pesanan ini. Aku, sebagai seorang tua-tua juga yang telah menyaksikan penderitaan Kristus dan yang akan turut dimuliakan apabila kemuliaan-Nya ternyata, menyerumu:


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan