Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Sebabnya sejak Aku memimpin orang Israel keluar dari Mesir sampai hari ini, Aku tidak pernah tinggal di dalam rumah apa-apa pun, melainkan Aku selalu hadir menyertaimu dalam sebuah khemah sebagai tempat kediaman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Sejak Aku menyelamatkan umat Israel dari Mesir sehingga kini, belum pernah Aku tinggal di dalam sebuah rumah. Aku mengembara dan tinggal di dalam khemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Sejak Aku menyelamatkan umat Israel dari Mesir sehingga kini, belum pernah Aku tinggal di dalam sebuah rumah. Aku mengembara dan tinggal di dalam khemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:6
15 Iomraidhean Croise  

Jawab Uria kepada Daud, “Tabut Allah, orang Israel, dan orang Yehuda tinggal di pondok-pondok. Juga tuanku Yoab dan para pegawai tuanku berkhemah di padang terbuka. Bolehkah hamba balik sahaja ke rumah hamba untuk makan, minum, dan tidur dengan isteri hamba? Demi hidup tuanku dan demi nyawa tuanku, hamba tidak akan melakukan hal itu!”


‘Sejak Aku membawa umat-Ku Israel keluar dari Mesir, tidak ada kota yang Kupilih antara semua suku Israel untuk membina sebuah bait supaya nama-Ku akan tetap di sana. Tetapi Aku memilih Daud untuk mengetuai umat-Ku Israel.’


Nenek moyang kita mempunyai Khemah Kesaksian di tanah gurun. Khemah ini dibuat sebagaimana yang diperintahkan kepada Musa menurut contoh yang telah dilihatnya.


Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya, “Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”


Sebabnya TUHAN, Allahmu, hadir menyertai kamu di tengah-tengah perkhemahanmu untuk menolongmu dan menyerahkan musuh-musuhmu kepadamu. Oleh itu, perkhemahanmu hendaklah suci supaya jangan Dia melihat hal yang tidak bersih di antaramu lalu berpaling daripada kamu.


Seluruh kalangan umat Israel berkumpul di Silo dan mendirikan Khemah Pertemuan di sana, kerana negeri itu sudah menjadi jajahan takluk mereka.


“Kepada malaikat jemaah di Efesus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memegang tujuh bintang di tangan kanan-Nya dan yang melangkah di antara tujuh kaki pelita daripada emas:


Lalu warga orang Israel bertanya kepada TUHAN. Pada waktu itu ada tabut perjanjian Allah di sana,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan