Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Raja, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang telah Engkau tunjukkan kepadaku selama ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Raja, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang telah Engkau tunjukkan kepadaku selama ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:18
15 Iomraidhean Croise  

aku tidak layak menerima sedikit pun daripada segala ihsan serta kasih setia yang telah Engkau tunjukkan kepada hamba-Mu ini, kerana hanya dengan tongkat ini aku menyeberangi Sungai Yordan ini dahulu, tetapi kini aku terbahagi menjadi dua buah rombongan.


Namun demikian, lepaskanlah aku daripada tangan Esau, abangku, kerana aku takut kepadanya, jangan-jangan dia datang untuk menyerang aku serta para ibu dengan anak-anak mereka.


Bukankah seperti itu keluargaku di hadapan Allah? Sebabnya Dia telah mengadakan suatu perjanjian kekal denganku, teratur dalam segala-galanya dan terjamin. Bukankah Dia yang menumbuhkan segala keselamatanku dan segala hasratku?


Selaras dengan semua firman dan selaras dengan semua penglihatan ini, demikianlah yang disampaikan Natan kepada Daud.


Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan ALLAH dan berkata, “Ya TUHAN Allah, siapakah aku ini dan siapakah keluargaku sehingga Engkau membawa aku sampai sejauh ini?


Sebab siapakah aku dan siapakah bangsaku, sehingga kami dimampukan untuk memberikan persembahan sukarela seperti ini? Kerana segala sesuatu berasal daripada Engkau, dan daripada tangan-Mu sendirilah persembahan yang kami berikan kepada-Mu.


apakah manusia maka Engkau mengingatnya, dan anak manusia maka Engkau mengendahkannya?


Akan tetapi, Musa berkata kepada Allah, “Siapakah hamba-Mu ini sehingga hamba harus pergi menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir?”


Hizkia menerima surat itu daripada tangan para utusan lantas membacanya. Kemudian Hizkia pergi ke Bait TUHAN dan membentangkan surat itu di hadapan TUHAN.


Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi menyampaikan perkhabaran kepada bangsa-bangsa asing tentang kekayaan Kristus yang tidak mungkin dapat dicari itu,


Namun begitu, Gideon menjawab-Nya, “Ya Tuhan, bagaimanakah dapat aku selamatkan orang Israel? Lihatlah, kaumku yang terkecil antara semua suku Manasye, malah aku pula yang paling muda antara kaum keluargaku.”


Rut segera tunduk dengan mukanya menghadap ke tanah dan berkata kepada Boas, “Mengapa saya menerima ihsan besar sebegini daripada tuan yang prihatin terhadap saya walhal saya seorang asing?”


Kata Samuel, “Meskipun engkau kecil menurut pandanganmu sendiri, bukankah engkau telah dilantik untuk menjadi ketua suku-suku Israel? TUHAN telah melantik engkau menjadi raja atas orang Israel,


Kata Daud kepada Saul, “Siapalah hamba ini dan siapakah kerabat hamba atau kaum ayah hamba di Israel, sehingga hamba menjadi menantu Raja?”


Kata Saul, “Bukankah aku ini orang Benyamin, yang terkecil antara suku-suku Israel? Bukankah kaumku pun yang terkecil antara kaum-kaum suku Benyamin? Mengapakah tuan mengatakan hal semacam itu kepadaku?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan