Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Keluargamu dan kerajaanmu akan kekal selama-lamanya di hadapan-Ku. Takhtamu akan kukuh selama-lamanya.” ’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Engkau akan sentiasa mempunyai keturunan dan Aku akan mengekalkan kerajaanmu. Kerajaanmu tidak akan berkesudahan.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Engkau akan sentiasa mempunyai keturunan dan Aku akan mengekalkan kerajaanmu. Kerajaanmu tidak akan berkesudahan.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:16
29 Iomraidhean Croise  

Cokmar kuasa tidak akan berpindah daripada Yehuda, mahupun tongkat kerajaan daripada di antara kakinya, hingga datang dia yang berhak atasnya; kepadanyalah bangsa-bangsa akan tunduk.


TUHAN memberikan penyelamatan besar kepada orang yang dijadikan-Nya raja; Dia melimpahkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya, kepada Daud, sampai anak cucu selama-lamanya.”


Dialah yang akan membina sebuah bait bagi nama-Ku dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya.


Selaras dengan semua firman dan selaras dengan semua penglihatan ini, demikianlah yang disampaikan Natan kepada Daud.


dan TUHAN akan melaksanakan firman yang disampaikan-Nya mengenai aku: ‘Jika anak-anakmu tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati, dan dengan segenap jiwa, maka tidak akan terputus keturunanmu yang duduk di atas takhta kerajaan Israel.’


maka Aku akan meneguhkan takhta kerajaanmu atas orang Israel untuk selama-lamanya seperti yang telah Kujanjikan kepada Daud, ayahmu, demikian, ‘Tidak akan terputus keturunanmu daripada takhta kerajaan Israel.’


‘Aku akan melindungi kota ini dan menyelamatkannya demi diri-Ku sendiri dan demi Daud, hamba-Ku.’ ”


Meskipun begitu, TUHAN tidak mahu membinasakan Yehuda kerana Daud, hamba-Nya. Allah memang telah berjanji kepada Daud bahawa Dia akan mengurniakan sebuah pelita kepada Daud dan kepada keturunannya sepanjang masa.


Sekarang, ya TUHAN, Allah Israel, peganglah apa yang telah Kaujanjikan kepada hamba-Mu Daud, ayahku, dengan berfirman, ‘Di hadapan-Ku, tidak akan terputus keturunanmu yang akan duduk di atas takhta kerajaan Israel, asalkan anak-anakmu tetap hidup menurut hukum Taurat, sebagaimana engkau telah hidup di hadapan-Ku.’


Dia tidak mengalihkan pandangan-Nya daripada orang benar, tetapi Dia menempatkan mereka dengan raja-raja di atas takhta untuk selama-lamanya sehingga mereka ditinggikan.


Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; tongkat keadilan adalah tongkat kerajaan-Mu.


Mereka akan takut kepada-Mu, selagi ada matahari dan bulan, turun-temurun zaman-berzaman.


‘Benihmu akan Kuteguhkan selama-lamanya dan takhtamu akan Kupeliharakan untuk keturunanmu zaman-berzaman.’ ” Sela


Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


maka melalui pintu-pintu gerbang kota ini akan masuk raja dan pembesar yang akan duduk di atas takhta Daud. Mereka dan para pembesar mereka akan mengenderai rata dan kuda dengan diiringi orang Yehuda serta penduduk Yerusalem. Kota ini akan dihuni untuk selama-lamanya.


Beginilah firman TUHAN, “Tidak akan terputus keturunan Daud yang duduk di atas takhta kerajaan keturunan kaum Israel.


Mereka akan tinggal di negeri yang telah Kukurniakan kepada hamba-Ku Yakub, iaitu negeri tempat tinggal nenek moyangmu. Di sana mereka akan tinggal selama-lamanya bersama dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka, dan hamba-Ku Daud akan menjadi raja mereka untuk selama-lamanya.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.


Orang ramai berkata kepada Yesus, “Dalam hukum Taurat ada tersurat bahawa Kristus yang diutus Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu pula mengatakan bahawa Anak Manusia akan diangkat tinggi di atas bumi? Siapakah Anak Manusia itu?”


Tetapi tentang Anak itu Dia berfirman: “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Ampunkanlah kiranya kesalahan hambamu ini. TUHAN pasti membina sebuah keluarga yang teguh bagi tuanku kerana tuanku berperang dalam peperangan TUHAN, dan kejahatan tidak akan didapati pada tuan seumur hidup tuan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan