Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Apabila sampai akhir hayatmu, dan engkau dibaringkan bersama nenek moyangmu, Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, anak kandungmu sendiri, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Jika sampai akhir hayatmu, dan engkau dikebumikan di kubur nenek moyangmu, seorang daripada puteramu akan Kulantik menjadi raja, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Jika sampai akhir hayatmu, dan engkau dikebumikan di kubur nenek moyangmu, seorang daripada puteramu akan Kulantik menjadi raja, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:12
36 Iomraidhean Croise  

Tetapi datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Bukan orang itu yang akan menjadi ahli warismu, melainkan anak lelaki darah dagingmu sendirilah yang akan menjadi ahli warismu.”


TUHAN memberikan penyelamatan besar kepada orang yang dijadikan-Nya raja; Dia melimpahkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya, kepada Daud, sampai anak cucu selama-lamanya.”


Jika tidak, apabila Tuanku Raja dibaringkan bersama nenek moyangnya, maka hamba dan anak hamba Salomo akan dianggap sebagai orang yang bersalah.”


Raja pun berkata begini, ‘Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel. Pada hari ini Dia telah mengurniakan seorang untuk duduk di atas takhtaku. Mataku sendiri melihatnya.’ ”


Apabila menjelang ajalnya, Daud beramanat kepada Salomo, anaknya, demikian,


Lalu Daud dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya, dan dimakamkan di Kota Daud.


dan TUHAN akan melaksanakan firman yang disampaikan-Nya mengenai aku: ‘Jika anak-anakmu tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati, dan dengan segenap jiwa, maka tidak akan terputus keturunanmu yang duduk di atas takhta kerajaan Israel.’


Jadi, aku berniat hendak membina sebuah bait bagi nama TUHAN, Allahku, sebagaimana firman TUHAN kepada Daud, ayahku: ‘Anakmu yang akan Kududukkan di atas takhtamu untuk menggantikan engkau, dialah yang akan membina bait bagi nama-Ku.’


Dia berkata, “Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel! Dia sendiri telah berfirman kepada Daud, ayahku, dan telah menggenapinya dengan kuasa-Nya. Firman-Nya,


Hanya, bukan engkau yang akan membina bait itu, melainkan anak kandungmu yang akan lahir kelak. Dialah yang akan membina sebuah bait bagi nama-Ku.’


Sekarang TUHAN telah menepati firman yang disampaikan-Nya, kerana aku telah bangkit untuk menggantikan Daud, ayahku. Aku telah duduk di atas takhta kerajaan Israel, seperti yang difirmankan TUHAN, dan telah membina bait bagi nama TUHAN, Allah Israel.


maka Aku akan meneguhkan takhta kerajaanmu atas orang Israel untuk selama-lamanya seperti yang telah Kujanjikan kepada Daud, ayahmu, demikian, ‘Tidak akan terputus keturunanmu daripada takhta kerajaan Israel.’


Meskipun begitu, TUHAN tidak mahu membinasakan Yehuda kerana Daud, hamba-Nya. Allah memang telah berjanji kepada Daud bahawa Dia akan mengurniakan sebuah pelita kepada Daud dan kepada keturunannya sepanjang masa.


Apabila umurmu telah genap dan engkau pergi menyusul nenek moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, seorang daripada anakmu, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.


Sekarang, ya TUHAN Allah, kiranya janji-Mu kepada Daud, ayahku, diteguhkan kerana Engkau telah mengangkat aku menjadi raja atas umat yang besar bilangannya seperti debu tanah.


Tidakkah kamu tahu bahawa TUHAN, Allah Israel, telah mengurniakan kuasa atas kerajaan Israel kepada Daud dan keturunannya untuk selama-lamanya dengan suatu perjanjian garam?


Meskipun begitu, lantaran perjanjian yang diikat-Nya dengan Daud, TUHAN tidak mahu membinasakan keluarga Daud. Allah memang berjanji bahawa Dia akan mengurniakan suatu pelita kepada Daud dan kepada keturunannya sepanjang masa.


Kemudian seluruh jemaah itu mengikat perjanjian dengan raja di Rumah Allah. Kata Yoyada kepada mereka, “Inilah anak raja! Dia akan bertakhta, seperti yang difirmankan TUHAN tentang keturunan Daud.


Engkau yang berpegang teguh pada apa yang Kaujanjikan kepada hamba-Mu Daud, ayahku. Engkau sendiri telah berfirman lalu mengotakannya dengan kuasa-Mu, seperti yang terjadi pada hari ini.


Akan tetapi, bukan engkau yang akan membina bait itu, melainkan anak kandungmu yang akan lahir kelak. Dialah yang akan membina bait bagi nama-Ku.’


Benihnya juga akan Kukekalkan selama-lamanya, dan takhtanya berterusan seperti syurga.


Pada waktu itu, Tunas Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi suku-suku bangsa. Dia akan dicari oleh bangsa-bangsa dan kediamannya akan menjadi mulia.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


Beginilah firman TUHAN, “Tidak akan terputus keturunan Daud yang duduk di atas takhta kerajaan keturunan kaum Israel.


Ramai daripada kalangan yang tidur dalam tanah yang berdebu akan bangun, sebahagiannya untuk mendapat hidup kekal, manakala sebahagian lagi untuk mendapat celaan dan kehinaan yang kekal.


Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.


Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya.


Lalu Yesus menerangkan kepada mereka apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain.


Daud melakukan suruhan Allah ketika dia hidup. Apabila dia meninggal, dia dimakamkan di sisi nenek moyangnya dan jasadnya reput.


Oleh sebab dia seorang nabi dan menyedari bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mendudukkan seorang daripada benih keturunan jasadnya di atas takhtanya.


Dengarlah, aku memberitahumu suatu rahsia: Tidak kita semua akan mati, tetapi semua akan diubah


Firman TUHAN kepada Musa, “Ketahuilah, kamu akan dibaringkan bersama dengan nenek moyangmu. Kemudian bangsa ini akan melakukan kemungkaran kafir dengan mengikuti tuhan bangsa asing di negeri yang akan dimasuki mereka. Lalu mereka akan meninggalkan Aku dan mengingkari perjanjian-Ku yang Kuikat dengan mereka.


Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan