Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:11 - Alkitab Versi Borneo

11 iaitu sejak masa Aku melantik para hakim untuk memimpin umat-Ku Israel. Aku akan memberikan ketenteraman kepadamu daripada semua musuhmu. Selain itu, TUHAN pun menyatakan kepadamu bahawa TUHAN akan mengukuhkan sebuah keluarga bagimu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:11
20 Iomraidhean Croise  

Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya,


Bahkan ternyata pula perkara ini perkara biasa di mata-Mu, ya Tuhan ALLAH. Namun demikian, Engkau telah berfirman pula tentang masa yang masih jauh mengenai keluarga hamba-Mu ini. Inilah perjanjian bagi umat manusia, ya Tuhan ALLAH.


Kerana Engkau, ya TUHAN alam semesta, Allah Israel, telah menyingkapkan kepada hamba-Mu ini demikian, ‘Aku akan membangunkan suatu keturunan bagimu.’ Itulah sebabnya hamba-Mu memberanikan diri untuk menaikkan doa ini di hadapan-Mu.


Jika engkau mendengar semua yang Kuperintahkan kepadamu, hidup menurut jalan-Ku, dan melakukan apa yang benar di mata-Ku dengan berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku serta perintah-Ku seperti yang telah dilakukan oleh Daud, hamba-Ku, maka Aku akan menyertai engkau, akan membina bagimu suatu keluarga yang teguh seperti yang telah Kubina bagi Daud, dan akan mengurniakan orang Israel kepadamu.


Sekarang, demi TUHAN yang hidup, iaitu TUHAN yang mengukuhkan aku dan mendudukkan aku di atas takhta Daud, ayahku serta membangunkan sebuah keluarga bagiku seperti yang dijanjikan-Nya, sesungguhnya Adonia harus dihukum mati pada hari ini juga.”


sejak Aku melantik hakim-hakim untuk memimpin umat-Ku Israel. Aku akan menundukkan semua musuhmu. Selain itu, TUHAN pun menyatakan kepadamu bahawa TUHAN akan membina sebuah keluarga bagimu.


Dialah yang akan membina bait bagi nama-Ku. Dia akan menjadi anak bagi-Ku dan Aku akan menjadi Bapa baginya. Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya atas Israel untuk selama-lamanya.’


Kalau Dia berdiam-diam sahaja, siapa dapat menyalahkan-Nya? Kalau Dia menyembunyikan wajah-Nya, siapa yang dapat memandang-Nya? Dia berkuasa atas suatu bangsa, dan juga atas diri seseorang,


Musuh mereka juga menindas mereka dan mereka tunduk di bawah tangan musuh.


Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.


Dia menghentikan perang di serata bumi; Dia mematahkan busur dan lembing, Dia membakar pedati dalam api menyala.


Selain itu, kerana para bidan itu takut kepada Allah, Dia memberkati mereka dengan kaum keluarga mereka sendiri.


Perempuan yang bijaksana membina rumahnya, tetapi yang bodoh merobohkannya dengan tangannya sendiri.


yang melalui iman telah menaklukkan kerajaan, menegakkan keadilan, mendapatkan janji, menutup mulut singa,


Kemudian Aku akan membangkitkan bagi-Ku seorang imam yang penuh amanah dan yang akan bertindak selaras dengan kehendak hati dan jiwa-Ku. Aku akan membangunkan baginya sebuah keluarga yang teguh, dan dia akan sentiasa hidup di hadapan orang yang Kulantik.


Ampunkanlah kiranya kesalahan hambamu ini. TUHAN pasti membina sebuah keluarga yang teguh bagi tuanku kerana tuanku berperang dalam peperangan TUHAN, dan kejahatan tidak akan didapati pada tuan seumur hidup tuan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan