Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10-11 Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan melindungi engkau daripada musuhmu dan memberi engkau keturunan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10-11 Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan melindungi engkau daripada musuhmu dan memberi engkau keturunan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:10
25 Iomraidhean Croise  

Aku tidak akan membiarkan kaki orang Israel berganjak lagi dari tanah yang telah Kukurniakan kepada nenek moyang mereka, asal sahaja mereka tetap melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepada mereka dan segala hukum yang telah diperintahkan kepada mereka oleh hamba-Ku Musa.”


Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya,


Aku tidak akan membiarkan kaki orang Israel beranjak lagi dari tanah yang telah Kutetapkan bagi nenek moyangmu, asal sahaja mereka melakukan dengan setia segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepada mereka melalui Musa, iaitu segala hukum, ketetapan, dan peraturan.”


Engkau telah mengusir bangsa-bangsa asing dengan tangan-Mu lalu menempatkan umat-Mu di tanah ini; Engkau menurunkan bala kepada bangsa-bangsa asing dan menyingkiri mereka.


Engkau Rajaku, ya Allahku, perintahkanlah kemenangan untuk Yakub.


Engkau telah membawa pokok anggur keluar dari Mesir; Engkau telah mengusir bangsa-bangsa dan menanam pokok anggur itu.


Engkau menyediakan ruang untuknya, dan membuatnya berakar umbi memenuhi tanah ini.


Akhirnya Firaun memerintahkan sedemikian kepada seluruh rakyatnya, “Semua anak lelaki orang Israel yang dilahirkan hendaklah kamu buang ke dalam Sungai Nil, tetapi biarkan semua anak perempuan mereka hidup.”


Engkau akan membawa mereka masuk dan meletakkan mereka di gunung warisan pusaka-Mu, di tempat yang Kaujadikan tempat tinggal-Mu, ya TUHAN, di tempat suci yang telah didirikan oleh tangan-Mu, ya TUHAN.


Dia mencangkulnya, membuang batu-batunya, dan menanam pokok anggur pilihan. Dia mendirikan sebuah menara tinjau di tengah-tengahnya, dan juga membuat tempat pemerasan anggur di dalamnya. Dia menantikan kebun itu menghasilkan buah anggur yang baik, tetapi yang dihasilkan hanya buah anggur masam.


Sesungguhnya, kebun anggur TUHAN alam semesta, ialah keturunan kaum Israel, dan orang Yehuda ialah tanaman kesukaan-Nya. Dinantikan-Nya keadilan, tetapi hanya ada penumpahan darah. Dinantikan-Nya perbenaran, tetapi hanya ada jerit penderitaan.


Kekerasan tidak akan terdengar lagi di negerimu, begitu juga kemusnahan dan kehancuran di daerahmu. Engkau akan menyebut tembok-tembokmu ‘Penyelamatan’, dan pintu-pintu gerbangmu ‘Puji-pujian.’


Seluruh pendudukmu orang benar, dan mereka akan memiliki negeri itu untuk selama-lamanya. Mereka adalah tunas yang Kutanam, buatan tangan-Ku, supaya Aku dipermulia.


Ada kalanya Aku berfirman bahawa Aku akan membangunkan dan mengukuhkan sesuatu bangsa atau sesuatu kerajaan.


Aku akan mengarahkan pandangan-Ku kepada mereka demi kebaikan mereka, dan Aku akan membawa mereka kembali ke negeri ini. Aku akan membangunkan mereka, bukan meruntuhkan mereka. Aku akan menanam mereka, bukan mencabut mereka.


Tidak akan ada lagi duri yang mencucuk atau onak yang menyakiti keturunan kaum Israel daripada semua orang di sekitar mereka yang telah menghina mereka. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH.’


Pada waktu itu Aku akan mengikat perjanjian bagi mereka dengan binatang-binatang di padang, dengan burung-burung di udara, dan dengan binatang-binatang melata di bumi. Akan Kutiadakan busur panah, pedang, dan peperangan dari negeri ini dan akan Kubaringkan mereka dengan aman.


Aku akan menanam mereka di tanah mereka dan mereka tidak akan dicabut lagi dari tanah yang telah Kukurniakan kepada mereka,” firman TUHAN, Allahmu.


Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”


Orang Israel berseru meminta pertolongan TUHAN kerana Sisera mempunyai sembilan ratus buah rata besi dan menindas orang Israel dengan keras selama dua puluh tahun.


Maka keluarlah tiga gerombolan penjarah dari perkhemahan orang Filistin, gerombolan yang pertama mengambil jalan ke Ofra, ke daerah Syual;


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan