Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 TUHAN melindungi Raja Daud daripada segala gangguan musuh, sehingga baginda dapat menetap di istananya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 TUHAN melindungi Raja Daud daripada segala gangguan musuh, sehingga baginda dapat menetap di istananya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:1
19 Iomraidhean Croise  

Hiram, raja Tirus, mengirim beberapa orang utusan kepada Daud dengan membawa kayu araz, para tukang kayu, dan para tukang batu. Mereka membina sebuah istana untuk Daud.


Mikhal anak Saul tidak mempunyai anak sampai hari kematiannya.


iaitu sejak masa Aku melantik para hakim untuk memimpin umat-Ku Israel. Aku akan memberikan ketenteraman kepadamu daripada semua musuhmu. Selain itu, TUHAN pun menyatakan kepadamu bahawa TUHAN akan mengukuhkan sebuah keluarga bagimu.


Tetapi sekarang, TUHAN, Allahku, telah mengurniai aku ketenteraman di segala penjuru. Tidak ada lagi lawan, dan tidak ada lagi kejadian buruk.


Kemudian Daud memanggil Salomo, anaknya, dan memberikan amanat kepadanya untuk membina bait bagi TUHAN, Allah Israel.


Kata Daud kepada Salomo, “Anakku, aku sendiri memang amat ingin membina bait bagi nama TUHAN, Allahku.


Kemudian berdirilah Raja Daud dan berkata, “Dengarlah, wahai para saudaraku dan rakyatku! Aku telah berniat membina rumah perhentian bagi tabut perjanjian TUHAN dan bagi alas kaki Allah kita. Aku pun sudah mengadakan segala persediaan untuk membinanya.


Dia membina kota-kota berkubu di Yehuda kerana negeri itu sentosa. Tidak ada yang memeranginya pada tahun-tahun itu. TUHAN memang mengurniakan ketenteraman kepadanya.


Maka sentosalah kerajaan Yosafat, kerana Allahnya mengurniainya ketenteraman di segala penjuru.


hingga aku dapat mencari tempat untuk TUHAN, tempat kediaman untuk Yang Maha Perkasa, Allah Yakub.”


Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku.


Jika TUHAN berkenan kepada jalan seseorang, Dia membuat musuh orang itu pun berdamai dengannya.


Hamba yang menerima lima talenta itu memperniagakannya, lalu mendapat untung lima talenta lagi.


Daud mendapat keredaan Allah dan memohon izin-Nya untuk membina sebuah tempat kediaman Allah Yakub.


TUHAN memberikan ketenteraman di sekeliling mereka, selaras dengan semua yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Daripada semua musuh mereka, tiada seorang pun dapat bertahan menghadapi mereka. Semua musuh mereka diserahkan TUHAN ke dalam tangan mereka.


Selepas lamanya setelah TUHAN memberikan ketenteraman kepada orang Israel daripada semua musuh di sekeliling mereka, dan ketika itu, Yosua telah amat lanjut usianya,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan