Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 6:5 - Alkitab Versi Borneo

5 sementara Daud dan seluruh keturunan kaum Israel menari-nari di hadapan TUHAN dengan diiringi nyanyian serta alat muzik kecapi, gambus, rebana, kerincing dan ceracap.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sambil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Mereka bermain kecapi, gambus, rebana, kelentung, dan ceracap.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sambil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Mereka bermain kecapi, gambus, rebana, kelentung, dan ceracap.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 6:5
17 Iomraidhean Croise  

Sekarang, jemputlah seorang pendendang bagiku.” Pada waktu pendendang itu bermain kecapi, turunlah kuasa TUHAN ke atas Elisa,


Lalu di hadapan Allah, Daud dan semua orang Israel menari-nari dengan sekuat tenaga diiringi nyanyian, kecapi, gambus, rebana, ceracap, serta nafiri.


Seluruh orang Israel mengiringi pengangkutan tabut perjanjian TUHAN dengan sorak-sorai dan dengan bunyi sangkakala, nafiri, dan ceracap, sambil memperdengarkan permainan gambus dan kecapi.


Mereka memasuki Yerusalem dengan diiringi bunyi gambus, kecapi, dan nafiri, lalu menuju Bait TUHAN.


Allah telah naik ke takhta-Nya diiringi sorak-sorai, Ya TUHAN yang diiringi bunyi nafiri.


Tuanku Raja telah mengeluarkan titah bahawa setiap orang yang mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik harus sujud menyembah patung emas itu,


Sekarang, jika kamu sudah sedia, sebaik sahaja kamu mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik, sujudlah menyembah patung yang kubuat itu. Tetapi jika kamu tidak mahu menyembahnya, saat itu juga kamu akan dicampakkan ke dalam dapur api yang menyala-nyala! Maka tuhan manakah yang dapat melepaskan kamu daripada tanganku?”


sebaik sahaja kamu mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik, sujudlah menyembah patung emas yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.


Maka, sebaik sahaja seluruh rakyat mendengar suara nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, dan pelbagai jenis muzik, maka orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa sujud menyembah patung emas yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.


Jauhkanlah daripada-Ku keramaian nyanyian-nyanyianmu. Aku tidak mahu mendengar irama gambusmu.


wahai kamu yang bersenandung seiring bunyi gambus dan menciptakan alat-alat muzik seperti Daud,


Setelah itu, engkau akan tiba di bukit Allah di Gibea, tempat barisan tentera orang Filistin. Sebaik sahaja engkau memasuki kota itu, engkau akan bertemu dengan serombongan nabi di sana yang sedang turun dari bukit pemujaan dengan membawa gambus, rebana, seruling, dan kecapi di depan mereka. Mereka akan bernubuat.


Hendaklah tuanku memerintahkan hamba-hambamu yang ada di hadapan tuanku ini untuk mencari orang yang pandai memetik kecapi. Nanti, apabila roh jahat yang diizinkan Allah itu datang kepada tuanku, dia harus memetik kecapi sehingga tuanku berasa nyaman.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan