Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 6:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Ketika tabut TUHAN memasuki Kota Daud, Mikhal anak Saul melihat melalui jendela lalu terlihat betapa Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari di hadapan TUHAN. Lalu dalam hatinya dia memandang rendah terhadap Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Ketika Tabut Perjanjian dibawa masuk ke dalam kota, Mikhal puteri Raja Saul, menjenguk dari jendela lalu nampak Raja Daud menari-nari dan melompat-lompat untuk menghormati TUHAN. Mikhal berasa muak melihat Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Ketika Tabut Perjanjian dibawa masuk ke dalam kota, Mikhal puteri Raja Saul, menjenguk dari jendela lalu nampak Raja Daud menari-nari dan melompat-lompat untuk menghormati TUHAN. Mikhal berasa muak melihat Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 6:16
12 Iomraidhean Croise  

Kemudian Daud mengirim beberapa orang utusan kepada Isyboset anak Saul dengan pesan, “Serahkanlah isteriku, Mikhal, yang telah dipertunangkan kepadaku dengan seratus keping kulit kulup orang Filistin.”


Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.


Demikianlah Daud dan seluruh keturunan kaum Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala.


Ketika Daud pulang untuk memberkati keluarganya, keluarlah Mikhal anak Saul menemui Daud dan berkata, “Alangkah mulianya raja Israel hari ini! Dia bertelanjang diri di hadapan mata budak-budak perempuan para pegawainya pada hari ini, seperti seorang tidak bertamadun yang bertelanjang diri tanpa rasa malu.”


Ketika tabut perjanjian TUHAN masuk ke Kota Daud, Mikhal anak Saul menjenguk dari jendela dan melihat Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari. Maka dalam hatinya, dia memandang rendah terhadap Daud.


Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sangat tertekan oleh penghinaan.


Kerana-Mu aku telah menerima celaan, keaiban telah menyaluti mukaku.


Dia dihina dan ditolak manusia, seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan. Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia, dan kita pun menganggapnya tidak penting.


Ada pula yang mengejek, “Semua orang ini mabuk air anggur manis.”


Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.


Saul berkata kepada Daud, “Ketahuilah, puteriku yang tertua, iaitu Merab, akan kuberikan kepada kamu sebagai isterimu. Hanya, jadilah orang yang gagah perkasa bagiku dan berperanglah dalam peperangan TUHAN.” Dalam hati Saul berkata, “Semoga bukan tanganku yang menyentuhnya, tetapi semoga tangan orang Filistin yang menumpaskannya.”


Namun begitu, Mikhal anak Saul jatuh cinta kepada Daud. Ketika hal itu dikhabarkan kepada Saul, dia amat menyukainya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan