Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 6:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Sebagai ungkapan syukur kepada TUHAN, Daud menari-nari dengan penuh semangat. Dia memakai jubah efod daripada kain linen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Pada waktu itu baginda hanya memakai kain linen pendek yang diikat pada pinggangnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Pada waktu itu baginda hanya memakai kain linen pendek yang diikat pada pinggangnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 6:14
20 Iomraidhean Croise  

Demikianlah Daud dan seluruh keturunan kaum Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala.


Ketika Daud pulang untuk memberkati keluarganya, keluarlah Mikhal anak Saul menemui Daud dan berkata, “Alangkah mulianya raja Israel hari ini! Dia bertelanjang diri di hadapan mata budak-budak perempuan para pegawainya pada hari ini, seperti seorang tidak bertamadun yang bertelanjang diri tanpa rasa malu.”


Daud memakai jubah daripada kain linen halus, demikian juga semua bani Lewi yang mengusung tabut, para penyanyi, dan Kenanya, pemimpin nyanyian para penyanyi. Daud juga memakai baju efod daripada kain linen.


Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian; biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi.


pujilah Dia dengan tamborin dan tarian, pujilah Dia dengan alat bertali dan seruling,


Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,


Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, “Semua sumber bahagiaku dalammu.”


Kemudian Miryam, seorang nabiah yang juga saudara Harun, mengambil rebana, lalu semua perempuan keluar mengikutinya sambil memukul rebana dan menari-nari.


Miryam menyanyi berbalas-balasan dengan mereka, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.”


Bagi-Ku kamu akan menjadi kerajaan para imam dan bangsa suci. Firman inilah yang harus kausampaikan kepada orang Israel.”


Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.


Apabila orang itu masuk, raja pun harus masuk bersama-sama mereka. Apabila mereka keluar, dia juga harus keluar.


Pada masa itu anak sulung bekerja di ladang. Apabila dia pulang ke rumah, dia terdengar bunyi muzik dan orang menari-nari.


Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.


Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia,


Kepulangan Yefta ke rumahnya di Mizpa disambut oleh anak perempuannya dengan memukul rebana sambil menari-nari. Itulah anaknya yang tunggal dan selain dia, Yefta tiada lagi anak baik lelaki mahupun perempuan.


Perhatikanlah baik-baik; jika anak-anak perempuan Silo muncul untuk menari, keluarlah kamu dari kebun-kebun anggur itu, dan hendaklah masing-masing menangkap seorang daripada anak-anak perempuan Silo itu untuk dijadikan isteri dan pergi ke Tanah Benyamin.


Sementara itu, Samuel menjadi penyelenggara ibadat di hadapan TUHAN. Anak itu memakai baju efod daripada kain linen.


Daripada kalangan semua suku Israel, Aku memilih dia untuk menjadi imam bagi-Ku, untuk naik ke mazbah-Ku, untuk membakar dupa, dan memakai baju efod di hadirat-Ku. Aku pun mengurniakan kepada keluarga leluhurmu segala korban bakaran orang Israel.


Lalu berkatalah raja kepada Do'eg, “Majulah dan seranglah para imam itu!” Maka Do'eg, orang Edom itu, maju menyerang para imam. Pada hari itu dia membunuh lapan puluh lima orang yang memakai baju efod daripada kain linen.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan