Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 6:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Kemudian kepada Raja Daud dikhabarkan demikian, “TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom dan semua miliknya kerana tabut Allah itu.” Maka pergilah Daud mengangkut tabut Allah itu dari rumah Obed-Edom ke Kota Daud dengan penuh sukacita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Raja Daud mendengar bahawa TUHAN telah memberkati keluarga Obed-Edom dan segala yang ada padanya, kerana Tabut Perjanjian. Maka Raja Daud pergi ke rumah Obed-Edom dan mengambil Tabut Perjanjian itu. Baginda memindahkan Tabut Perjanjian ke Yerusalem dengan perayaan besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Raja Daud mendengar bahawa TUHAN telah memberkati keluarga Obed-Edom dan segala yang ada padanya, kerana Tabut Perjanjian. Maka Raja Daud pergi ke rumah Obed-Edom dan mengambil Tabut Perjanjian itu. Baginda memindahkan Tabut Perjanjian ke Yerusalem dengan perayaan besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 6:12
16 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.


Lalu Raja Salomo mengumpulkan tua-tua Israel dan semua ketua suku, pemimpin kaum keluarga bani Israel untuk menghadapnya di Yerusalem supaya mereka mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari Kota Daud, iaitu Sion.


Setelah semua tua-tua Israel datang, para imam pun mengusung tabut itu.


Mereka mengangkut tabut TUHAN, Khemah Pertemuan, dan segala kelengkapan suci yang ada di dalam khemah itu. Semua itu diangkut oleh imam dan bani Lewi.


Lalu bani Lewi mengusung tabut Allah itu dengan kayu pengusung di atas bahu mereka, seperti yang diperintahkan Musa menurut firman TUHAN.


Daud, tua-tua Israel, dan pemimpin pasukan seribu pergi mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari rumah Obed-Edom dengan sukacita.


iaitu perjanjian yang diikat-Nya dengan Abraham dan sumpah-Nya kepada Ishak.


Obed-Edom beranakkan Semaya, anak sulung; Yozabad, anak kedua; Yoah, anak ketiga; Sakhar, anak keempat; Netaneel, anak kelima;


Amiel, anak keenam; Isakhar, anak ketujuh; Peuletai, anak kelapan. Allah memang telah memberkati Obed-Edom.


Lalu Salomo mengumpulkan tua-tua Israel dan semua ketua suku, pemimpin kaum keluarga bani Israel untuk menghadapnya di Yerusalem supaya mereka mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari Kota Daud, iaitu Sion.


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberikan minum walau hanya secawan air sejuk kepada seorang murid-Ku yang paling rendah pun kerana dia murid-Ku, pasti akan mendapat ganjarannya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan