Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu dan menamakannya Kota Daud. Kota itu dibinanya di sekeliling kubu itu, bermula dari Milo ke arah dalam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Setelah Raja Daud merampas kubu Sion, baginda tinggal di situ dan menamakannya “Kota Daud.” Baginda membina kota di sekeliling kubu itu, bermula dari sebelah timur bukit yang ditimbusi tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Setelah Raja Daud merampas kubu Sion, baginda tinggal di situ dan menamakannya “Kota Daud.” Baginda membina kota di sekeliling kubu itu, bermula dari sebelah timur bukit yang ditimbusi tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:9
16 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.


Pada hari itu berkatalah Daud, “Sesiapa hendak menewaskan orang Yebus biarlah dia naik melalui saluran air untuk menyerang orang tempang dan orang buta yang membenci Daud itu.” Itulah sebabnya orang berkata, “Orang buta dan orang tempang tidak boleh masuk ke dalam istana.”


Oleh sebab itu Daud tidak mahu memindahkan tabut TUHAN ke tempatnya, di Kota Daud, tetapi Daud menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat.


Inilah alasan mengapa dia memberontak terhadap raja: Salomo membina Milo dan menutup lubang tembok Kota Daud, ayahnya.


Lalu Daud dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya, dan dimakamkan di Kota Daud.


Inilah perihal buruh paksa yang dikerahkan oleh Raja Salomo untuk membina Bait TUHAN, istananya sendiri, Milo, tembok Yerusalem, Hazor, Megido, dan Gezer.


Setelah puteri Firaun berpindah dari Kota Daud ke istana yang khusus dibina Salomo untuknya, maka Salomo pun membina Milo.


Pegawai-pegawainya mengadakan komplot, lalu membunuh Yoas di rumah Milo, di jalan menurun ke Sila.


Yozakar anak Simeat dan Yozabad anak Somer ialah dua pegawainya yang menyerangnya hingga dia mati. Lalu dia dimakamkan di sisi nenek moyangnya di Kota Daud. Maka Amazia, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.


Dia membina kota itu berkeliling, dari Milo ke daerah sekitarnya manakala Yoab memperbaik bahagian kota yang selebihnya itu.


Hizkia pun menguatkan hati lalu membina kembali semua bahagian tembok yang pecah, meninggikan menara-menara di atasnya, dan membina tembok lain di luarnya. Dia memperkuat Milo di Kota Daud dan membuat banyak senjata serta perisai.


Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Yerusalem telah dibina sebagai kota yang padu padat dan mampat.


Malangnya Ariel, Ariel, kota tempat Daud pernah berkhemah! Biarlah berlanjutan tahun demi tahun, biarlah perayaan silih berganti!


Tetapi jika tidak demikian, semoga keluarlah api daripada Abimelekh untuk menghanguskan kesemua warga kota Sikhem dan juga Bet-Milo, dan semoga api keluar daripada warga kota Sikhem dan juga dari Bet-Milo untuk menghanguskan Abimelekh.”


Maka berhimpunlah seluruh warga kota Sikhem dan Bet-Milo lalu mereka menobatkan Abimelekh untuk menjadi raja di sisi pokok oak di kota kara di Sikhem.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan