Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Tetapi Raja Daud benar-benar dapat merampas Sion, kubu pertahanan mereka. Sejak itulah kubu itu dinamakan “Kota Daud.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Tetapi Raja Daud benar-benar dapat merampas Sion, kubu pertahanan mereka. Sejak itulah kubu itu dinamakan “Kota Daud.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:7
27 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu berkatalah Daud, “Sesiapa hendak menewaskan orang Yebus biarlah dia naik melalui saluran air untuk menyerang orang tempang dan orang buta yang membenci Daud itu.” Itulah sebabnya orang berkata, “Orang buta dan orang tempang tidak boleh masuk ke dalam istana.”


Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu dan menamakannya Kota Daud. Kota itu dibinanya di sekeliling kubu itu, bermula dari Milo ke arah dalam.


Oleh sebab itu Daud tidak mahu memindahkan tabut TUHAN ke tempatnya, di Kota Daud, tetapi Daud menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat.


Kemudian kepada Raja Daud dikhabarkan demikian, “TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom dan semua miliknya kerana tabut Allah itu.” Maka pergilah Daud mengangkut tabut Allah itu dari rumah Obed-Edom ke Kota Daud dengan penuh sukacita.


Ketika tabut TUHAN memasuki Kota Daud, Mikhal anak Saul melihat melalui jendela lalu terlihat betapa Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari di hadapan TUHAN. Lalu dalam hatinya dia memandang rendah terhadap Daud.


Lalu Daud dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya, dan dimakamkan di Kota Daud.


Salomo menjadi menantu Firaun, raja Mesir. Dia memperisteri anak Firaun dan membawanya ke Kota Daud, sehingga dia selesai membina istananya dan juga Bait TUHAN serta tembok di sekeliling Yerusalem.


Lalu Raja Salomo mengumpulkan tua-tua Israel dan semua ketua suku, pemimpin kaum keluarga bani Israel untuk menghadapnya di Yerusalem supaya mereka mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari Kota Daud, iaitu Sion.


Setelah puteri Firaun berpindah dari Kota Daud ke istana yang khusus dibina Salomo untuknya, maka Salomo pun membina Milo.


Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu lantas tempat itu dinamakan Kota Daud.


Dia dikebumikan di Kota Daud bersama-sama para raja kerana dia telah berbuat baik di Israel terhadap Allah dan Bait-Nya.


Lalu Salomo mengumpulkan tua-tua Israel dan semua ketua suku, pemimpin kaum keluarga bani Israel untuk menghadapnya di Yerusalem supaya mereka mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari Kota Daud, iaitu Sion.


Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Kerana TUHAN telah memilih Sion, Dia telah menghendakinya sebagai tempat kediaman-Nya:


“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya, hitung menara-menaranya,


Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung.


Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Sion, ya Allah; binalah tembok-tembok Yerusalem.


TUHAN mencintai pintu pagar Sion lebih daripada segala tempat kediaman Yakub.


Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN yang bertakhta di Sion; isytiharkan perbuatan-Nya kepada semua bangsa.


Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”


“Seorang Penebus akan datang ke Sion, kepada bani Yakub yang bertaubat daripada pelanggaran mereka,” demikianlah firman TUHAN.


Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai penghuni lembah, wahai batu pejal di dataran, demikianlah firman TUHAN, wahai kamu yang berkata: “Siapakah berani turun mendatangi kami? Siapakah berani memasuki tempat kediaman kami?”


Banyak bangsa akan datang dan berkata, “Mari kita naik ke gunung TUHAN, ke Rumah Allah Yakub. Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita, sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya.” Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion dan firman TUHAN dari Yerusalem.


Sebagaimana telah tersurat: “Aku telah meletakkan di Sion seketul batu yang menyebabkan orang tersandung dan sebuah batu pejal yang membuat mereka terjatuh, dan orang yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.”


Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kota Allah yang hidup, Yerusalem yang di syurga, kepada para malaikat yang tidak terkira banyaknya,


Kemudian tiba-tiba aku melihat Anak Domba berdiri di puncak Gunung Sion, dan bersama-sama-Nya seratus empat puluh empat ribu orang dengan nama-Nya dan nama Bapa-Nya tertulis di atas dahi mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan