Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Kemudian raja dan orangnya pergi ke Yerusalem mendatangi orang Yebus, penduduk negeri itu. Orang Yebus berkata kepada Daud, “Engkau tidak mungkin masuk ke sini. Bahkan orang buta dan orang tempang dapat mengusirmu.” Fikir mereka, “Daud tidak dapat masuk ke sini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada suatu hari Raja Daud dan anak buah baginda berangkat untuk menyerang Yerusalem. Orang Yebusi yang tinggal di situ menyangka bahawa Raja Daud tidak sanggup mengalahkan kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Engkau tidak sekali-kali dapat masuk ke sini. Bahkan orang buta dan tempang pun dapat mengusir engkau.” (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada suatu hari Raja Daud dan anak buah baginda berangkat untuk menyerang Yerusalem. Orang Yebusi yang tinggal di situ menyangka bahawa Raja Daud tidak sanggup mengalahkan kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Engkau tidak sekali-kali dapat masuk ke sini. Bahkan orang buta dan tempang pun dapat mengusir engkau.” (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:6
13 Iomraidhean Croise  

Kemudian Melkisedek, raja Salem yang merupakan seorang imam Allah Yang Maha Tinggi, membawa roti dan anggur.


Kerana Engkau, aku dapat menerobos suatu gerombolan, kerana Allahku aku dapat melompati tembok.


Orang bijaksana dapat menyerang kota para kesateria perkasa, dan merobohkan benteng-benteng yang diharapkan mereka.


Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai penghuni lembah, wahai batu pejal di dataran, demikianlah firman TUHAN, wahai kamu yang berkata: “Siapakah berani turun mendatangi kami? Siapakah berani memasuki tempat kediaman kami?”


Sekalipun kamu mengalahkan seluruh pasukan orang Kasdim yang berperang melawan kamu sehingga antara mereka hanya orang terluka yang tersisa, mereka akan bangkit di khemah masing-masing dan membakar habis kota ini.”


Melkisedek ini raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Dia telah bertemu dengan Abraham yang dalam perjalanan pulang setelah menewaskan raja-raja, lalu dia memberkati Abraham.


Maka Adoni-Zedek, raja Yerusalem, mengutus orang kepada Hoham, raja Hebron, kepada Piream, raja Yarmut, kepada Yafia, raja Lakhis, dan kepada Debir, raja Eglon, dengan pesan,


Meskipun demikian, bani Yehuda tidak dapat mengusir bani Yebus, penduduk Yerusalem itu. Jadi, orang Yebus tinggal bersama-sama bani Yehuda di Yerusalem sampai hari ini.


Zela, Elef, Yebus, iaitu Yerusalem, Gibea, Kiryat ialah empat belas buah kota lagi dengan desa-desanya. Itulah harta pusaka bani Benyamin menurut kaum-kaum mereka.


Bani Benyamin juga tidak mengusir bani Yebus yang mendiami Yerusalem malah sampai sekarang bani Yebus masih mendiami Yerusalem bersama-sama bani Benyamin.


Seterusnya bani Yehuda berperang melawan Yerusalem dan berjaya menawan kota itu dan selanjutnya menggempurnya dengan pedang serta membakarnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan