2 Samuel 5:3 - Alkitab Versi Borneo3 Demikianlah semua tua-tua Israel datang menghadap raja di Hebron. Lalu Raja Daud mengikat perjanjian dengan mereka di Hebron, di hadapan TUHAN, dan mereka melantik Daud menjadi raja atas Israel. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel. Faic an caibideil |
Lalu Abner berkata kepada Daud, “Aku akan bersiap pergi dan mengumpulkan kesemua orang Israel bagi Tuanku Raja supaya mereka mengikat perjanjian dengan tuanku dan supaya tuanku dapat bertakhta atas semua yang dihasratkan hati tuanku.” Maka Daud menyuruh Abner pergi, dan Abner berangkat dengan selamat.
Namun demikian, TUHAN, Allah Israel, memilih aku daripada kalangan segenap kaum keluargaku untuk menjadi raja atas Israel selama-lamanya, kerana Dia telah memilih Yehuda sebagai pemimpin. Daripada keturunan kaum Yehuda, Dia memilih kaum keluargaku, dan daripada anak-anak ayahku, Dia berkenan mengangkat aku menjadi raja atas seluruh Israel.