Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:21 - Alkitab Versi Borneo

21 Orang Filistin meninggalkan berhala-berhala mereka di sana, lalu Daud dan orangnya mengangkut semua itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

21 Apabila orang Filistin lari dari situ, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Kemudian Raja Daud dan anak buahnya mengambil patung-patung itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

21 Apabila orang Filistin lari dari situ, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Kemudian Raja Daud dan anak buahnya mengambil patung-patung itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:21
9 Iomraidhean Croise  

serta mencampakkan tuhan mereka ke dalam api. Hal ini demikian kerana semuanya itu bukanlah Tuhan, melainkan buatan tangan manusia, kayu dan batu, sehingga dapat dibinasakan.


Aku akan menyalakan api di kuil-kuil tuhan Mesir, dan Nebukadnezar akan membakar semua itu atau mengangkutnya seperti tawanan. Dia akan mengenakan Tanah Mesir seperti seorang gembala mengenakan pakaiannya dan akan keluar dari sana dengan selamat.


Kerana engkau bergantung pada perbuatanmu dan hartamu, maka engkau pun akan direbut. Kamos akan diangkut ke tempat pembuangan dengan para pemuka agama dan pembesarnya sekali gus.


Bahkan dewa-dewa mereka, patung-patung tuangan mereka, serta barang-barang mereka yang indah iaitu yang dibuat daripada perak dan emas akan dibawanya sebagai jarahan ke Mesir. Dia akan berhenti menyerang raja negeri utara selama beberapa tahun.


Hendaklah kamu membakar habis segala tuhan mereka yang berupa patung-patung ukiran. Janganlah kamu menginginkan perak dan emas yang ada pada mereka atau mengambilnya untuk dirimu, supaya jangan kamu terjebak olehnya, kerana perbuatan itu suatu kekejian kepada TUHAN, Allahmu.


Sebaliknya, hendaklah kamu melakukan begini terhadap mereka: robohkanlah segala mazbah tempat pembakaran korban mereka, hancurkanlah segala tiang berhala mereka, tebanglah patung berhala Asyera mereka, dan bakarlah habis patung-patung ukiran mereka,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan