Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja atas kami, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN pun telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah yang akan menggembala umat-Ku, Israel, dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas orang Israel.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:2
27 Iomraidhean Croise  

Namun demikian, busurnya terus tegap bertahan, dan lengan kedua-dua belah tangannya tetap mahir membidik, dengan tangan Yang Maha Perkasa, Allah Yakub, kerana Sang Gembala, Batu Pejal Israel,


Kata Daud kepada Mikhal, “Sebagai tanda syukur aku menari-nari bagi TUHAN yang telah memilih aku dan bukan memilih ayahmu atau sesiapa daripada seluruh keluarganya untuk menjadi pemimpin umat TUHAN, Israel. Dengan itu, aku akan terus menari-nari bagi TUHAN.


Ke mana-mana jua sahaja Aku mengembara bersama dengan seluruh orang Israel, pernahkah Kukatakan kepada mana-mana hakim yang Kuperintahkan menggembala umat-Ku Israel, ‘Mengapakah kamu tidak membina bagi-Ku sebuah bait daripada kayu araz?’ ” ’


Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel.


“Kembalilah dan katakanlah kepada Hizkia, pemimpin umat-Ku, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Daud, leluhurmu, “Telah Kudengar doamu dan telah Kulihat air matamu. Sesungguhnya, Aku akan menyembuhkan engkau. Pada hari ketiga engkau akan pergi ke Bait TUHAN.


Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN, Allahmu, telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah akan menggembala umat-Ku Israel dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas umat-Ku Israel.’ ”


Berilah aku sekarang kebijaksanaan dan pengetahuan supaya aku dapat menangani ini dan itu sebagai pemimpin umat ini, kerana siapakah yang dapat memerintah umat-Mu yang besar ini?”


Dia menggembala kawanan domba-Nya seperti seorang gembala. Dia mengumpulkan anak domba dengan tangan-Nya dan mendukung mereka rapat ke dada-Nya. Dia akan membimbing induk-induk domba yang menyusu dengan lembut.


Sesungguhnya, Aku menetapkan dia menjadi saksi bagi bangsa-bangsa, menjadi seorang pemimpin dan pemerintah bagi bangsa-bangsa.


Akan Kuangkat seorang gembala atas mereka, iaitu hamba-Ku Daud, dan dia akan mengurus mereka serta menjadi gembala mereka.


Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.


yang akan memimpin pergerakan mereka dan yang akan membawa mereka keluar masuk, supaya jangan umat TUHAN seperti domba-domba yang tidak bergembala.”


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya.


Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dan segala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ramai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Dia menjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurna melalui penderitaan.


Tetapi sekarang pemerintahan dan kerajaanmu tidak akan tetap. TUHAN telah memilih seorang yang berkenan dalam hati-Nya dan TUHAN telah menunjuk dia untuk menjadi raja atas umat-Nya, kerana engkau tidak mengikuti apa yang diperintahkan TUHAN kepadamu.”


Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau akan berdukacita atas Saul kerana Aku telah menolak dia sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada seorang Betlehem bernama Isai, kerana Aku telah memilih bagi-Ku seorang raja daripada kalangan anaknya.”


Maka Saul menjauhkan Daud daripada kalangan warga istana lantas menjadikannya pemimpin pasukan seribu. Daud pun memimpin pergerakan pasukan,


Sebaliknya, seluruh orang Israel dan orang Yehuda mencintai Daud kerana dialah yang memimpin pergerakan mereka.


Daud pergi ke mana-mana sahaja Saul mengutusnya. Dia selalu berhasil sehingga Saul melantik dia untuk menjadi ketua atas para anggota tenteranya. Hal itu dipandang baik oleh seluruh rakyat dan juga oleh para pegawai Saul.


Ampunkanlah kiranya kesalahan hambamu ini. TUHAN pasti membina sebuah keluarga yang teguh bagi tuanku kerana tuanku berperang dalam peperangan TUHAN, dan kejahatan tidak akan didapati pada tuan seumur hidup tuan.


Apabila TUHAN telah melakukan segala hal yang baik terhadap tuan selaras dengan yang difirmankan-Nya mengenai tuan, dan telah menetapkan tuan sebagai pemimpin atas Israel,


“Esok, pada waktu seperti ini, Aku akan menyuruh seorang lelaki dari Tanah Benyamin datang kepadamu. Lantiklah dia untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, orang Israel. Dia akan menyelamatkan umat-Ku daripada tangan orang Filistin, kerana Aku telah memperhatikan umat-Ku. Seruan mereka telah sampai kepada-Ku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan