Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Maka kebesaran Daud semakin bertambah, kerana TUHAN, Allah alam semesta, menyertainya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Raja Daud semakin lama semakin kuat kerana TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa menolong baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Raja Daud semakin lama semakin kuat kerana TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa menolong baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:10
19 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu berkatalah Abimelekh dan Pikhol, panglima tenteranya, kepada Abraham, “Allah menyertai kamu dalam segala sesuatu yang kamu lakukan.


Peperangan antara keluarga Saul dengan keluarga Daud berlanjutan lamanya. Daud semakin lama semakin kuat, manakala keluarga Saul semakin lama semakin lemah.


Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi.


Dia menempatkan pasukan pendudukan di seluruh Tanah Edom, dan semua orang Edom menjadi taklukan Daud. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi.


Kemudian Daud menempatkan pasukan pendudukan di Aram Damsyik. Orang Aram pun menjadi taklukan Daud dan wajib mempersembahkan ufti kepadanya. TUHAN mengurniakan kemenangan kepada Daud ke mana-mana sahaja dia pergi.


Meskipun begitu, orang benar akan tetap berpegang kepada jalannya, dan orang yang suci tangannya akan bertambah kuat.


Siapakah Raja kemuliaan ini? TUHAN alam semesta, Dialah Raja kemuliaan. Sela


TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub tempat kita berlindung. Sela


TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub tempat kita berlindung. Sela


Sebaliknya jalan orang benar seperti cahaya fajar, yang semakin benderang hingga puncak siang hari.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


Namun begitu, kuatkanlah hatimu, wahai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, wahai Yosua anak Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, wahai semua warga negeri sekalian, demikianlah firman TUHAN; berusahalah, kerana Aku menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Yesus semakin membesar dan bijaksana. Dia diredai Allah dan manusia.


Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita?


Saul menjadi takut kepada Daud kerana TUHAN menyertai Daud walhal Dia telah menjauhinya.


dan dia berhasil dalam segala tugas yang dijalankannya kerana TUHAN menyertainya.


Daud pergi ke mana-mana sahaja Saul mengutusnya. Dia selalu berhasil sehingga Saul melantik dia untuk menjadi ketua atas para anggota tenteranya. Hal itu dipandang baik oleh seluruh rakyat dan juga oleh para pegawai Saul.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan