Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Kemudian mereka membawa kepala Isyboset kepada Daud di Hebron dan berkata kepada raja, “Inilah kepala Isyboset anak Saul, musuh tuanku, yang mengancam nyawa tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan yang dilakukan Saul dan keturunannya terhadap tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:8
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian Ahimaas anak Zadok berkata, “Izinkanlah hamba berlari dan membawa khabar baik ini kepada raja, bahawa TUHAN telah membebaskan baginda daripada musuh-musuhnya.”


Kemudian datanglah orang Kush itu. Kata orang Kush itu, “Khabar baik, Tuanku Raja, kerana pada hari ini TUHAN telah membebaskan tuanku daripada semua orang yang bangkit menentang tuanku.”


Sementara itu Abner anak Ner, panglima tentera Saul, telah mengambil Isyboset anak Saul dan membawanya ke Mahanaim,


Allah menuntut balas bagiku, dan menaklukkan suku-suku bangsa ke bawah kuasaku.


Lidahku akan menuturkan kebenaran-Mu sepanjang hari, kerana mereka telah dikelirukan dan mereka telah dimalukan, mereka yang cuba mencederakan aku.


Kata malaikat itu, “Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.”


Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!


Mereka berseru dengan suara lantang, “Ya Tuhan yang suci dan benar! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penghuni bumi dan membalas perbuatan mereka yang telah menumpahkan darah dan meragut nyawa kami?”


Saul melemparkan tombak itu, kerana fikirnya, “Aku hendak menancapkan Daud ke dinding.” Tetapi Daud berjaya mengelak sebanyak dua kali.


Saul mengatakan kepada Yonatan, anaknya, dan kepada semua pegawainya bahawa Daud harus dibunuh. Akan tetapi, Yonatan anak Saul sangat suka pada Daud.


Lalu Saul mengutus orang suruhan itu kembali untuk melihat Daud, katanya, “Usunglah dia kepadaku di atas tempat tidur itu, supaya aku dapat membunuhnya.”


Maka larilah Daud dari Nayot, dekat Rama lalu sampailah dia kepada Yonatan. Berkatalah dia, “Apakah yang telah kuperbuat? Apakah kesalahanku dan apa dosaku terhadap ayahmu, sehingga dia ingin sekali mencabut nyawaku?”


Daud menyedari bahawa Saul keluar untuk mengancam nyawanya. Ketika Daud berada di Gurun Zif, di Koresa,


Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam.


Sekalipun manusia bangkit mengejar tuan dan mengancam nyawa tuan, nyawa tuanku akan dibungkus dalam bungkusan hidup di bawah penjagaan TUHAN, Allahmu. Sebaliknya, nyawa musuh-musuh tuan akan dilontarkan-Nya seperti dari dalam tarbil.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan