Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Yonatan anak Saul mempunyai seorang anak lelaki yang cacat kedua-dua belah kakinya. Ketika dia berumur lima tahun khabar tentang Saul dan Yonatan sampai dari Yizreel. Pengasuh anak itu terus mengambilnya lalu melarikan diri, dan dalam keadaan terburu-buru itu, anak itu terjatuh lalu menjadi tempang. Nama anak itu ialah Mefiboset.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Seorang lagi keturunan Raja Saul ialah Mefiboset anak Yonatan. Ketika Raja Saul dan Yonatan dibunuh, Mefiboset baru berusia lima tahun. Apabila pengasuhnya mendengar berita kematian itu dari kota Yizreel, dia melarikan anak itu, tetapi kerana terburu-buru, anak itu terjatuh lalu menjadi tempang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Seorang lagi keturunan Raja Saul ialah Mefiboset anak Yonatan. Ketika Raja Saul dan Yonatan dibunuh, Mefiboset baru berusia lima tahun. Apabila pengasuhnya mendengar berita kematian itu dari kota Yizreel, dia melarikan anak itu, tetapi kerana terburu-buru, anak itu terjatuh lalu menjadi tempang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:4
10 Iomraidhean Croise  

Tetapi raja berasa sayang kepada Mefiboset anak Yonatan anak Saul, kerana ada sumpah demi TUHAN antara mereka, iaitu antara Daud dengan Yonatan anak Saul.


Demikianlah Mefiboset, yang tempang kedua-dua belah kakinya itu, tinggal di Yerusalem dan selalu makan di meja raja.


Kemudian berkatalah raja: “Daripada keluarga Saul, tidak adakah lagi orang yang tinggal? Aku hendak menunjukkan kepadanya kasih daripada Allah.” Jawab Ziba kepada raja, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan yang tempang kedua-dua belah kakinya.”


Dan Mefiboset anak Yonatan anak Saul masuk menghadap Daud lantas sujud dan menyembah. Kata Daud, “Mefiboset!” Jawabnya, “Hambamu ini, tuanku.”


Hadad melarikan diri bersama dengan beberapa orang Edom, iaitu pegawai ayahnya, ke Mesir. Pada waktu itu Hadad masih muda belia.


Anak lelaki Yonatan ialah Meribaal dan Meribaal beranakkan Mikha.


Anak Yonatan ialah Meribaal. Meribaal beranakkan Mikha.


Orang Filistin mengumpulkan seluruh bala tentera mereka ke Afek manakala orang Israel berkhemah dekat mata air di Yizreel.


Maka Daud berserta pasukannya bangun pagi-pagi untuk berjalan pulang ke negeri orang Filistin, manakala orang Filistin maju ke Yizreel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan