Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Kemudian Daud memberikan perintah kepada orang mudanya, dan mereka pun membunuh kedua-duanya. Mereka memotong tangan dan kaki kedua-duanya serta menggantung mereka berdekatan dengan kolam di Hebron. Lalu kepala Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam makam Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Raja Daud memberikan perintah, lalu askar-askar baginda membunuh Rekhab dan Baana. Setelah dibunuh, tangan dan kaki mereka dipotong lalu digantung dekat kolam di Hebron. Kemudian kepala Raja Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Raja Daud memberikan perintah, lalu askar-askar baginda membunuh Rekhab dan Baana. Setelah dibunuh, tangan dan kaki mereka dipotong lalu digantung dekat kolam di Hebron. Kemudian kepala Raja Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:12
8 Iomraidhean Croise  

Lalu Daud memanggil seorang daripada kalangan pemudanya, katanya, “Dekatinya dan seranglah dia!” Maka orang itu menyerang dan membunuh pemuda itu.


TUHAN membalas kepadamu seluruh darah keluarga Saul yang kaugantikan sebagai raja. TUHAN telah menyerahkan kerajaan itu ke dalam tangan Absalom, anakmu. Sesungguhnya, engkau termakan oleh kejahatanmu sendiri, kerana engkau seorang penumpah darah.”


Sementara itu Abner anak Ner, panglima tentera Saul, telah mengambil Isyboset anak Saul dan membawanya ke Mahanaim,


Diserahkannya mereka ke tangan orang Gibeon yang seterusnya menggantung mereka di bukit, di hadapan TUHAN. Matilah ketujuh-tujuh orang itu bersama-sama. Mereka dihukum mati pada hari pertama musim menuai, iaitu pada permulaan musim menuai barli.


Ketika Abner dikebumikan di Hebron, menangislah raja dengan suara nyaring di kubur Abner, demikian pula seluruh rakyat.


Engkau, ya Allah, akan membinasakan orang zalim ke dalam lembah kehancuran; orang yang suka menumpahkan darah dan menipu tidak akan mencapai separuh usia. Aku akan percaya kepada-Mu.


Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan