Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9-10 Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9-10 Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:9
16 Iomraidhean Croise  

Kepada Amasa haruslah kamu katakan, ‘Bukankah engkau darah dagingku? Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika engkau tidak kujadikan panglima tenteraku untuk seterusnya sebagai ganti Yoab.’ ”


Demikianlah Daud mengambil hati semua orang Yehuda, sehingga mereka itu sehati sejiwa. Kemudian mereka mengutus orang untuk menyampaikan pesan ini kepada raja, “Silakan tuanku kembali bersama-sama semua anak buah tuanku.”


Seluruh rakyat datang dan memohon semoga Daud makan roti sementara hari masih siang. Tetapi Daud bersumpah, katanya, “Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika aku mengecap roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam.”


Lalu Izebel mengutus seorang pesuruh kepada Elia dengan pesan, “Biarlah tuhan mengazabkan aku bahkan lebih lagi, jika esok pada waktu seperti ini aku tidak membuat nyawamu sama dengan nyawa seorang daripada kalangan mereka.”


Kemudian Raja Salomo bersumpah demi TUHAN, katanya, “Biarlah Allah mengazab aku, bahkan lebih lagi, jika permintaan ini tidak dibayar Adonia dengan nyawanya sendiri.


Inilah jumlah orang bersenjata dan siap bertempur, yang datang kepada Daud di Hebron untuk mengalihkan kerajaan Saul kepadanya selaras dengan firman TUHAN:


dan di mana-mana sahaja ibu mati, di situ jugalah aku mati dan dikuburkan. Semoga beginilah kiranya yang dilakukan TUHAN kepadaku, malahan lebih lagi, jika apa-apa pun selain maut memisahkan aku dan ibu.”


Kata Saul, “Engkau memang harus mati, Yonatan. Jika tidak, Allah akan menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi.”


Kemudian berkatalah Samuel kepadanya, “TUHAN telah mengoyakkan daripadamu jawatan raja atas Israel pada hari ini dan telah memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada engkau.


Sekiranya Allah menghukum musuh-musuh Daud, bahkan lebih lagi daripada itu, jika aku membiarkan hidup sampai pagi seorang lelaki sahaja pun daripada semua yang ada padanya.”


TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya dengan perantaraan aku. TUHAN telah merentap kerajaan itu daripada tanganmu dan mengurniakannya kepada orang lain, iaitu kepada Daud.


Kata Eli, “Firman apakah yang telah disampaikan kepadamu? Kumohon, jangan sembunyikan hal itu daripada aku. Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadamu, bahkan lebih lagi, jika engkau menyembunyikan daripadaku sedikit sahaja daripada segala yang difirmankan-Nya kepadamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan