Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Maka sangat marahlah Abner kerana kata-kata Isyboset itu. Katanya, “Adakah aku ini kepala anjing dari Yehuda? Sampai kini aku telah menunjukkan kesetiaan kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada sahabat-sahabatnya. Aku tidak menyerahkan engkau ke dalam tangan Daud. Namun demikian, pada hari ini engkau menuduh aku bersalah dengan seorang perempuan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Tuduhan itu membuat Abner naik marah. Katanya, “Adakah tuanku berfikir bahawa hamba mengkhianati Raja Saul dan memihak kepada Yehuda? Sejak dahulu hamba telah setia kepada Raja Saul ayahanda tuanku, dan saudara-saudara baginda, dan juga sahabat-sahabat baginda. Hamba sudah menyelamatkan tuanku daripada dikalahkan oleh Raja Daud. Meskipun begitu tuanku menyalahkan hamba hanya kerana persoalan perempuan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Tuduhan itu membuat Abner naik marah. Katanya, “Adakah tuanku berfikir bahawa hamba mengkhianati Raja Saul dan memihak kepada Yehuda? Sejak dahulu hamba telah setia kepada Raja Saul ayahanda tuanku, dan saudara-saudara baginda, dan juga sahabat-sahabat baginda. Hamba sudah menyelamatkan tuanku daripada dikalahkan oleh Raja Daud. Meskipun begitu tuanku menyalahkan hamba hanya kerana persoalan perempuan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:8
16 Iomraidhean Croise  

Kemudian Abisai anak Zeruya berkata kepada raja, “Mengapakah anjing mati ini harus mengutuk Tuanku Raja? Izinkan hamba menyeberang dan memenggal kepalanya!”


Sementara itu Abner anak Ner, panglima tentera Saul, telah mengambil Isyboset anak Saul dan membawanya ke Mahanaim,


Sekarang laksanakanlah, kerana mengenai Daud TUHAN telah berfirman demikian, ‘Dengan perantaraan Daud, hamba-Ku, Aku akan menyelamatkan Israel, umat-Ku, daripada tangan orang Filistin dan daripada tangan semua musuhnya.’ ”


Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah,


Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja atas kami, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN pun telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah yang akan menggembala umat-Ku, Israel, dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas orang Israel.’ ”


Lalu sujudlah Mefiboset dan berkata, “Siapakah hambamu ini, sehingga tuanku menghiraukan anjing mati seperti aku?”


Kata Hazael, “Tetapi siapakah hambamu ini sehingga dapat melakukan hal sebesar itu? Hamba hanyalah seekor anjing!” Jawab Elisa, “TUHAN telah memperlihatkan kepadaku bahawa engkau akan menjadi raja atas Aram.”


Sesungguhnya, kemarahan manusia akan mendatangkan puji untuk-Mu, mereka yang terselamat daripada kemarahan itu akan menyanjung kebesaran-Mu.


Siapakah yang kaucela dan kaukufuri? Terhadap siapakah engkau meninggikan suara dan melayangkan pandang dengan sombong? Terhadap Yang Maha Suci, Allah Israel!


Jangan bawa masuk upah pelacur atau upah perbuatan pelacur lelaki ke dalam Bait TUHAN, Allahmu, untuk membayar nazar apa-apa pun, kerana kedua-duanya itu kekejian bagi TUHAN, Allahmu.


Kemudian berkatalah Samuel kepadanya, “TUHAN telah mengoyakkan daripadamu jawatan raja atas Israel pada hari ini dan telah memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada engkau.


Kata orang Filistin itu kepada Daud, “Apakah aku ini anjing sehingga engkau datang kepadaku dengan membawa tongkat?” Dia mengutuk Daud demi tuhan-tuhannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan