Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Anak yang kedua ialah Kileab daripada Abigail, balu Nabal, orang Karmel. Anak yang ketiga ialah Absalom, anak Maakha anak Talmai, raja Gesur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kileab, ibunya ialah Abigail, balu Nabal dari Karmel; Absalom, ibunya ialah Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kileab, ibunya ialah Abigail, balu Nabal dari Karmel; Absalom, ibunya ialah Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:3
22 Iomraidhean Croise  

Beberapa lama selepas itu anak Daud, Absalom, mempunyai seorang adik perempuan kandung bernama Tamar yang cantik dan Amnon, anak Daud, jatuh cinta kepadanya.


Setelah itu, bangkitlah Yoab lalu pergi ke Gesur dan membawa Absalom ke Yerusalem.


Akan tetapi, raja berkata, “Dia harus pulang ke rumahnya dan tidak boleh datang menghadap aku.” Jadi, pulanglah Absalom ke rumahnya dan tidak datang menghadap raja.


Jawab Absalom kepada Yoab, “Sesungguhnya, aku telah menyuruh orang untuk menemuimu dengan pesan, ‘Datanglah ke mari, supaya aku dapat mengutus engkau kepada raja untuk bertanya, “Apakah gunanya hamba datang dari Gesur? Lebih baik hamba tetap tinggal di sana.” ’ Jadi sekarang, biarlah aku datang menghadap raja. Jika aku bersalah, aku rela dihukum mati.”


Setelah akhirnya empat tahun, berkatalah Absalom kepada raja, “Izinkanlah hamba pergi ke Hebron untuk membayar nazar yang telah hamba ucapkan kepada TUHAN.


Semasa tinggal di Gesur, di Aram, hambamu ini pernah mengucapkan nazar demikian, ‘Jika TUHAN benar-benar mengembalikan aku ke Yerusalem, aku akan beribadat kepada TUHAN.’ ”


Maka hancurlah hati raja. Dia naik ke ruangan yang terletak di atas pintu gerbang itu lalu meratap. Sambil berjalan dia berkata begini, “Oh, puteraku Absalom! Puteraku, puteraku Absalom! Kalau sahaja aku yang mati menggantikan engkau, Absalom, puteraku, puteraku!”


Maka pergilah Daud ke sana dengan kedua-dua orang isterinya, iaitu Ahinoam, orang Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel.


Seumur hidupnya, Adonia belum pernah ditegur oleh ayahnya dengan berkata, “Mengapakah engkau berbuat begitu?” Parasnya sangat tampan. Dia lahir setelah Absalom.


Katanya, “Bonda maklum bahawa kerajaan itu sebenarnya milik hamba. Semua orang Israel pun mengharapkan hamba untuk menjadi raja. Akan tetapi, kerajaan itu beralih menjadi milik adik hamba kerana dia memperolehnya daripada TUHAN.


Inilah anak-anak Daud yang dilahirkan baginya di Hebron: Anak yang sulung ialah Amnon, daripada Ahinoam orang Yizreel. Anak kedua ialah Daniel, daripada Abigail orang Karmel.


Anak ketiga ialah Absalom, anak Maakha, iaitu anak perempuan Talmai, raja Gesur. Anak keempat ialah Adonia, anak Hagit.


Yair, keturunan Manasye, merebut seluruh kawasan Argob sampai ke perbatasan wilayah orang Gesur dan orang Maakha. Kemudian dinamainya Basan itu Hawot-Yair, menurut namanya sendiri, sampai hari ini.)


Tetapi orang Israel tidak mengusir bani Gesur dan bani Maakha, sehingga bani Gesur dan bani Maakha masih tinggal antara orang Israel sampai hari ini.


Nama lelaki itu Nabal dan nama isterinya Abigail. Wanita itu bijak dan cantik parasnya manakala suaminya, seorang daripada bani Kaleb itu adalah kasar dan jahat kelakuannya.


Abigail segera bersiap, lalu dia menunggang seekor keldai dengan diiringi lima orang dayangnya. Dia mengekori para utusan Daud, lalu menjadi isterinya.


Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan