Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 24:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Maka berkatalah raja kepada Yoab, panglima tentera yang ada bersama-samanya, “Jelajahilah semua suku Israel dari Dan sampai Bersyeba, dan jalankanlah bancian umat, supaya aku tahu akan jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian Raja Daud memerintah Yoab, panglima perang baginda, “Pergilah bersama dengan para pahlawanmu kepada semua suku Israel di seluruh negeri untuk mengadakan pembancian. Beta ingin tahu jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian Raja Daud memerintah Yoab, panglima perang baginda, “Pergilah bersama dengan para pahlawanmu kepada semua suku Israel di seluruh negeri untuk mengadakan pembancian. Beta ingin tahu jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 24:2
16 Iomraidhean Croise  

Keesokan harinya Abraham bangun pagi-pagi. Diambilnya roti serta sebuah kantung kulit berisi air, lalu diberikan kepada Hagar dengan meletakkannya pada bahunya. Anaknya juga diserahkan lalu disuruhnya perempuan itu pergi. Maka berjalanlah Hagar dan berkelana di Gurun Bersyeba.


Oleh sebab itu aku menasihatkan supaya semua orang Israel yang ramainya bagaikan pasir di tepi laut, tersebar dari Dan ke Bersyeba, dipanggil untuk bergabung dengan tuanku. Kemudian tuanku sendiri harus pergi bertempur.


Yoab anak Zeruya serta para anak buah Daud juga mara, lalu mereka bertemu berdekatan dengan Telaga Gibeon. Satu pihak tinggal di sisi telaga sebelah sini, manakala satu pihak di sisi telaga sebelah sana.


Yoab mengepalai seluruh tentera Israel. Benaya anak Yoyada mengepalai orang Kreti dan orang Pleti.


Zelek, orang Amon; Naharai, orang Beerot, pembawa senjata Yoab anak Zeruya;


Jadi, TUHAN mendatangkan wabak penyakit atas Israel dari pagi sampai waktu yang ditetapkan. Maka dari antara umat itu, matilah tujuh puluh ribu orang dari Dan sampai Bersyeba.


iaitu mengalihkan kerajaan daripada keluarga Saul dan mendirikan takhta Daud atas orang Israel dan atas orang Yehuda, dari Dan sampai Bersyeba.”


Yoab anak Zeruya mengepalai tentera. Yosafat anak Ahilud menjadi pencatat sejarah.


Lalu Daud berkata kepada Yoab dan kepada para panglima pasukan, “Pergilah, hitunglah orang Israel dari Bersyeba sampai Dan, lalu bawalah hasilnya kepadaku supaya aku tahu akan jumlah mereka.”


Ketika utusan para pembesar Babel diutus kepadanya untuk menanyakan tanda ajaib yang terjadi di negeri itu, Allah membiarkan dia bertindak sendiri untuk menguji dan mengetahui segala isi hatinya.


Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan.


Beginilah firman TUHAN, “Terkutuklah orang yang bergantung pada manusia, yang bergantung pada kekuatan sendiri, dan yang hatinya berpaling daripada TUHAN.


Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitu dilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging, utusan Iblis, untuk menyakitiku.


Kemudian keluarlah semua orang Israel dari Dan sampai Bersyeba dan juga dari Tanah Gilead, lalu berhimpunlah kesemua umat yang bersatu itu menghadap TUHAN di Mizpa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan