Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 22:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, maka aku pun diselamatkan daripada musuhku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 22:4
20 Iomraidhean Croise  

Pada waktu mereka mulai bersorak-sorai dan menyanyikan puji-pujian, TUHAN mengadakan pengadangan terhadap bani Amon, bani Moab, dan orang Pergunungan Seir yang datang menyerang Yehuda, sehingga mereka semua dikalahkan.


Maka berkatalah beberapa orang Lewi, iaitu Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya, “Bangunlah dan pujilah TUHAN, Allahmu, dari abadi sampai abadi! Segala puji-pujian atas nama-Mu yang mulia, yang ditinggikan mengatasi segala puji dan hormat.”


Siapa yang dapat menyebutkan perbuatan-perbuatan TUHAN yang hebat, siapa dapat mengisytiharkan seluruh puji bagi-Nya?


Aku akan mengangkat cawan penyelamatan dan menyeru nama TUHAN.


Aku akan mempersembahkan kepada-Mu korban kesyukuran dan akan menyeru nama TUHAN.


Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku, maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku.


Lalu aku menyeru nama TUHAN: “Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!”


Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, maka aku pun diselamatkan daripada musuhku.


Orang malang berseru merayu, dan TUHAN mendengar rayuannya; lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya.


Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.


berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.”


Aku akan berseru kepada Allah, dan TUHAN akan menyelamatkan aku.


Apabila aku berseru kepada-Mu musuhku akan berundur. Ini aku tahu, kerana Allah memihak kepadaku.


Nyanyikan kebesaran nama-Nya; lafazkan puji-pujian untuk-Nya penuh kemuliaan!


Kerana TUHAN Maha Besar dan besar puji untuk-Nya; Dia harus ditakuti di atas semua tuhan.


Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.”


“Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta.”


Mereka menyanyi dengan suara yang lantang: “Anak Domba yang telah disembelih layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan puji-pujian.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan