Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 22:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku. Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat. Dialah penyelamatku; Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat. Dialah penyelamatku; Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 22:3
52 Iomraidhean Croise  

Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan demikian, “Jangan takut, Abram, Akulah perisaimu. Pahalamu akan sangat besar.”


Allah itu jalan-Nya sempurna, firman TUHAN memang teruji. Dialah perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya.


TUHAN hidup! Segala puji bagi batu pejalku! Semoga Allah, batu pejal penyelamatanku, ditinggikan!


Dialah yang membebaskan aku daripada musuh-musuhku. Engkau meninggikan aku demi mengatasi orang yang bangkit melawan aku, Engkau melepaskan aku daripada orang yang melakukan kekerasan.


TUHAN memberikan penyelamatan besar kepada orang yang dijadikan-Nya raja; Dia melimpahkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya, kepada Daud, sampai anak cucu selama-lamanya.”


Allah Israel berfirman, Batu Pejal Israel berfirman kepadaku, “Seseorang yang memerintah rakyat dengan adil, yang memerintah dengan takut kepada Allah,


Kamu menghalang rancangan orang miskin, tetapi TUHAN melindungi mereka.


Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada orang durjana; peliharalah aku daripada orang ganas,


Janganlah biarkan seorang pemfitnah bertapak di bumi; biarlah kejahatan memburu orang ganas untuk menggulingkannya.


Jauhkanlah aku, ya TUHAN, daripada tangan orang zalim; peliharalah aku daripada orang ganas yang berniat membuat kakiku tersandung.


Pandanglah ke sebelah kananku dan lihatlah; tiada sesiapa pun yang mengiktirafku. Penaungku tidak menolongku; tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang jiwaku.


Allah kasih sayangku dan bentengku, kota perkasaku dan penyelamatku, perisaiku dan tempat aku bernaung, yang menundukkan kaum-kaum di bawahku.


TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku; Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku.


Kerana pada waktu kesusahan Dia akan menyembunyikan aku di astaka-Nya; di ruang rahsia khemah-Nya Dia akan menyembunyikan aku. Dia akan mengangkatku ke atas batu pejal.


TUHAN kekuatan dan perisaiku; hatiku percaya kepada-Nya, dan aku ditolong-Nya. Oleh itu, hatiku amat gembira dan dengan nyanyianku aku akan memuji-Nya.


Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.


Engkau tempatku berlindung; Engkau akan menaungiku daripada kesusahan Engkau akan memeliharaku dengan nyanyian penyelamatan. Sela


Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan kepada kita, sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan.


TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub tempat kita berlindung. Sela


Oleh itu, kita tidak akan takut meski bumi ini diganjakkan, meski gunung-ganang dialih ke tengah laut,


TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub tempat kita berlindung. Sela


Kerana, ya TUHAN, tentulah Engkau memberkati orang yang benar; Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai.


Binasakanlah mereka, ya Tuhan, kelirukan lidah mereka, kerana aku telah melihat keganasan dan rusuhan di kota.


Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuasaan-Mu, ya, aku akan menyanyi setiap pagi dengan nyaring tentang kasih-Mu; kerana Engkau pelindungku, dan penaungku pada waktu kesusahan.


Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.


Aku telah menimbulkan takjub orang ramai, tetapi Engkau pelindungku yang perkasa.


Dia akan membebaskan hidup mereka daripada penindasan dan keganasan, dan darah mereka amat berharga bagi-Nya.


Kerana Allah TUHAN ialah matahari dan perisai; TUHAN akan memberi kasih kurnia dan kemuliaan; tiada kebaikan yang tidak dilimpahkan-Nya kepada mereka yang hidup tulus.


Ya Allah, lihatlah perisai kami; dan pandanglah wajah orang yang telah Kauurapi.


Ya Allah, orang yang sombong telah bangkit menentangku; dan gerombolan orang zalim beramai-ramai hendak membunuhku — mereka tidak berpandu kepada-Mu.


Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu.


TUHAN tempat bernaung bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada waktu kesusahan.


TUHAN itu kekuatanku dan puji-pujianku, Dia menjadi penyelamatanku. Dialah Allahku, aku bernyanyi memuji Dia, Dia Allah ayahku, aku akan meninggikan Dia.


Nama TUHAN ialah menara yang kukuh, orang benar lari ke sana dan mendapat keselamatan.


Semua firman Allah teruji. Dia perisai bagi mereka yang berlindung kepada-Nya.


Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.”


Mereka masing-masing akan menjadi seperti tempat berteduh terhadap angin dan tempat persembunyian terhadap angin ribut, seperti aliran air di tempat yang gersang, seperti naungan bukit batu yang besar di tanah yang tandus.


Beritahulah dan kemukakanlah alasanmu! Ya, biarlah mereka berunding bersama-sama. Siapakah yang mengkhabarkan hal ini sejak zaman dahulu, yang memberitahukannya sejak dahulu? Bukankah Aku, TUHAN? Tidak ada tuhan lain selain Aku, Allah yang benar dan Penyelamat. Tidak ada yang lain selain Aku.


Ya TUHAN, kekuatanku dan bentengku, tempat pelarianku pada hari kesesakan, kepada-Mu bangsa-bangsa akan datang dari hujung-hujung bumi dan berkata, “Sungguh, yang diwarisi nenek moyang kami hanyalah kebohongan, berhala yang sia-sia dan tidak berfaedah.


Kerana beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Sesungguhnya, di tempat ini, di hadapan matamu dan pada zamanmu, Aku akan menghentikan suara kegirangan dan suara kegembiraan, suara pengantin lelaki dan suara pengantin perempuan.


rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku,


Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.


Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita;


Dia akan berfirman, ‘Di manakah tuhan mereka, batu pejal tempat mereka berlindung,


Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.


Berbahagialah kamu, wahai Israel! Siapakah seperti kamu? Kamu ialah bangsa yang diselamatkan TUHAN. Dialah perisai penolongmu dan pedang kejayaanmu. Musuh-musuhmu akan mengekot merendahkan diri kepadamu dan kamu akan menginjak-injak tempat-tempat tinggi mereka.”


Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita.


Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita.


Dan juga: “Aku akan meletakkan kepercayaan-Ku kepada-Nya.” Seterusnya: “Lihatlah, ini Aku dan anak-anak yang telah diberikan Allah kepada-Ku.”


Lalu berdoalah Hana, “Hatiku bersuka ria kerana TUHAN; Kekuatanku disanjung tinggi kerana TUHAN. Mulutku mengecam para musuhku, kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu.


Tiada yang suci seperti TUHAN. Tiada yang lain kecuali Engkau, tiada batu pejal seperti Allah kita.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan