Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 22:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN ketika TUHAN menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Selepas TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan musuh-musuhnya yang lain, Daud menyanyikan lagu ini bagi TUHAN:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Selepas TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan musuh-musuhnya yang lain, Daud menyanyikan lagu ini bagi TUHAN:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 22:1
20 Iomraidhean Croise  

Kata Natan kepada Daud, “Engkaulah orang itu! Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku telah melantik engkau menjadi raja atas orang Israel, dan Aku telah membebaskan engkau daripada tangan Saul.


Dialah yang membebaskan aku daripada musuh-musuhku. Engkau meninggikan aku demi mengatasi orang yang bangkit melawan aku, Engkau melepaskan aku daripada orang yang melakukan kekerasan.


Maka pada hari itu juga, untuk pertama kalinya Daud melantik Asaf dan saudara-saudaranya untuk menyanyikan ucapan syukur kepada TUHAN:


Orang yang benar banyak ditimpa penderitaan, tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segala-galanya;


Persembahkan kesyukuran kepada Allah, dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi,


Maka Musa dan orang Israel memanjatkan nyanyian ini bagi TUHAN. Demikianlah bunyinya, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.


Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami.


Kemudian Musa memperdengarkan perkataan nyanyian ini sehingga selesai kepada seluruh jemaah Israel.


Tuhan akan menyelamatkanku daripada segala perbuatan durjana dan memeliharaku untuk kerajaan-Nya di syurga. Segala kemuliaan bagi-Nya untuk selama-lamanya. Amin.


Pada hari itu menyanyilah Debora dan Barak anak Abinoam, demikian:


Daud tinggal di gurun, di dalam kubu-kubu pertahanan. Dia tinggal di pergunungan, di Gurun Zif. Setiap hari Saul mencari dia, tetapi Allah tidak menyerahkan Daud ke dalam tangannya.


Oleh sebab itu semoga TUHAN menjadi hakim dan memutuskan perkara antara hamba dengan tuanku. Semoga Dia menyaksikan, membela perkara hamba, dan membebaskan hamba daripada tangan tuanku.”


Sekalipun manusia bangkit mengejar tuan dan mengancam nyawa tuan, nyawa tuanku akan dibungkus dalam bungkusan hidup di bawah penjagaan TUHAN, Allahmu. Sebaliknya, nyawa musuh-musuh tuan akan dilontarkan-Nya seperti dari dalam tarbil.


Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.”


Terfikirlah Daud dalam hatinya, “Bagaimanapun juga pada suatu hari aku akan binasa di tangan Saul. Oleh itu, tidak ada yang lebih baik bagiku selain berlari dan menyelinap ke negeri orang Filistin; tatkala itu tentunya Saul tiada harapan untuk mencari aku lagi di seluruh daerah Israel dan akan terlepaslah aku daripada tangannya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan