Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Sementara itu Abner anak Ner, panglima tentera Saul, telah mengambil Isyboset anak Saul dan membawanya ke Mahanaim,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:8
18 Iomraidhean Croise  

Tatkala Yakub melihat mereka, dia berkata, “Ini sebuah perkhemahan para malaikat Allah!” Maka dinamainya tempat itu Mahanaim.


Lalu Yakub menghantar beberapa orang utusan lebih dahulu daripadanya untuk menemui Esau, abangnya, di Tanah Seir, wilayah Edom.


Daud sampai ke Mahanaim. Sementara itu Absalom menyeberangi Sungai Yordan dengan semua orang Israel yang menyertainya.


Kemudian Abner dan orangnya berjalan sepanjang malam melalui Araba lalu menyeberangi Sungai Yordan lantas berjalan sepanjang siang sehingga tiba di Mahanaim.


Maka sekarang, kuatkanlah dirimu dan jadilah orang yang gagah perkasa kerana Saul, tuanmu, telah gugur, dan keturunan kaum Yehuda telah melantik aku sebagai raja atas mereka.”


Kemudian berkatalah raja kepada para pegawainya, “Tidakkah kamu tahu bahawa pada hari ini gugur seorang pemimpin, seorang besar di Israel?


Sewaktu berlangsung peperangan antara keluarga Saul dengan keluarga Daud, Abner menguatkan kedudukannya dalam keluarga Saul.


Daripada bani Benyamin, para saudara Saul — 3,000 orang, kerana sampai saat itu kebanyakan daripada mereka masih tetap setia kepada keluarga Saul.


Daripada bani Efraim — 20,800 orang kesateria yang gagah perkasa, orang yang ternama antara kaum keluarga mereka.


Ner beranakkan Kish. Kish beranakkan Saul. Saul beranakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.


Ner beranakkan Kish. Kish beranakkan Saul. Saul beranakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.


Daripada suku Gad diberikan Ramot di Gilead, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Mahanaim,


Isteri Saul bernama Ahinoam anak Ahimaas, dan panglima tenteranya bernama Abner, anak Ner, iaitu bapa saudara Saul.


Pada waktu Saul melihat Daud maju menghadapi orang Filistin itu, dia bertanya kepada Abner, panglima tenteranya, “Anak siapakah orang muda itu, Abner?” Jawab Abner, “Demi hidupmu, ya Raja, hamba tidak tahu.”


Dari situ Daud berseru kepada pasukan Saul dan kepada Abner anak Ner, katanya, “Tidakkah kaujawab aku, Abner?” Jawab Abner, “Siapa engkau, yang berseru kepada raja?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan