Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Daud pun mengutus beberapa orang kepada orang Yabesh-Gilead dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana kamu telah menunjukkan kasihmu yang sedemikian kepada Saul, tuanmu, iaitu dengan memakamkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:5
16 Iomraidhean Croise  

Dia memohon agar Abram diberkati, katanya, “Diberkatilah Abram oleh Allah Yang Maha Tinggi, Pemilik langit dan bumi.


Tetapi Abram menjawab raja Sodom, “Aku telah bersumpah kepada TUHAN, iaitu Allah Yang Maha Tinggi, Pemilik langit dan bumi,


Baru semalam engkau datang, masakan pada hari ini aku membawa engkau mengembara bersama kami? Padahal aku harus pergi entah ke mana. Kembalilah dan bawalah para saudaramu pulang. Semoga kasih abadi dan kesetiaan menyertai engkau.”


pergilah Daud mengambil tulang-belulang Saul dan tulang-belulang Yonatan, anaknya, daripada warga Yabesh-Gilead. Dulu orang Yabesh-Gilead mencuri tulang-tulang itu dari tanah lapang di Bet-Sean, tempat orang Filistin menggantung mereka pada waktu orang Filistin membunuh Saul di Gilboa.


Semoga kamu diberkati oleh TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.


Lalu kata dua orang itu kepadanya, “Nyawa kamilah jaminan bagi nyawamu! Jika engkau tidak melaporkan urusan kami ini, maka pada waktu TUHAN mengurniakan negeri ini kepada kami, kami akan berlaku baik dan setia kepadamu.”


Lalu bertanyalah mereka, “Dari seluruh suku Israel adakah satu suku yang tidak datang menghadap TUHAN di Mizpa?” Lalu disahkanlah bahawa tiada seorang pun yang datang dari Yabesh-Gilead ke perkhemahan jemaah itu.


Berkatalah Naomi kepada dua orang menantunya, “Pulanglah kamu ke rumah ibu masing-masing. Semoga TUHAN mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihani dua orang arwah itu dan juga aku.


Naomi memberitahu menantunya, “Semoga dia diberkati TUHAN kerana kebaikan-Nya tidak akan meninggalkan baik orang yang hidup mahupun yang telah mati.” Seterusnya Naomi berkata, “Orang itu kaum kerabat kita yang dekat, dan dialah salah seorang penebus kita.”


“Semoga TUHAN memberkati kamu, anakku,” kata Boas. “Terbukti, berbanding dengan kebaikanmu yang terdahulu, lebih baik perbuatan baik kamu kini, kerana kamu tidak mencari lelaki yang lebih muda sama ada dia kaya atau miskin.


Kemudian Nahas, orang Amon itu, bergerak maju dan berkhemah mengepung Yabesh-Gilead. Lalu berkatalah semua orang Yabesh itu kepada Nahas, “Ikatlah perjanjian dengan kami, maka kami akan takluk kepada tuan.”


Mereka memberitahu para utusan yang datang, “Beginilah harus kamu katakan kepada orang Yabesh-Gilead, ‘Esok, pada waktu hari panas terik, kamu akan mendapat pertolongan.’ ” Lalu utusan-utusan itu pulang dan menyampaikan hal itu kepada orang Yabesh, sehingga mereka pun bersukacita.


Ketika Samuel sampai di tempat Saul, berkatalah Saul kepadanya, “Semoga engkau diberkati TUHAN! Aku telah melaksanakan firman TUHAN.”


Kata Saul, “Semoga TUHAN memberkatimu, kerana kamu menunjukkan rasa sayangmu kepadaku.


Apabila seseorang menemukan musuhnya, jarang-jarang sekali dia akan melepaskannya pergi dengan selamat! Semoga TUHAN membalas kamu dengan kebaikan atas apa yang kaulakukan kepadaku pada hari ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan