Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:23 - Alkitab Versi Borneo

23 Tetapi dia tidak juga mahu menyimpang. Oleh sebab itu Abner menikamkan hujung tombaknya ke perut Asael, sehingga tombak itu tembus ke belakangnya. Lalu robohlah dia di sana dan tewas di tempat itu juga. Maka semua orang yang sampai di tempat Asael roboh dan tewas itu berhenti di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Tetapi Asael masih juga mengejar dia. Maka Abner melemparkan tombaknya ke belakang, dan perut Asael terkena sehingga tombak itu tembus ke belakangnya. Asael rebah ke tanah lalu mati di situ juga. Semua orang yang sampai ke tempat dia terlentang itu berhenti dan berdiri di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Tetapi Asael masih juga mengejar dia. Maka Abner melemparkan tombaknya ke belakang, dan perut Asael terkena sehingga tombak itu tembus ke belakangnya. Asael rebah ke tanah lalu mati di situ juga. Semua orang yang sampai ke tempat dia terlentang itu berhenti dan berdiri di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:23
7 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, Yoab dan Abisai mengejar Abner. Ketika matahari terbenam, sampailah mereka di Bukit Ama, yang berhadapan dengan Giah, di jalan menuju Gurun Gibeon.


Tetapi Amasa tidak memperhatikan pedang yang ada di tangan kiri Yoab. Lalu Yoab menikamkan pedang itu ke perutnya, sehingga isi perutnya terburai ke tanah. Yoab tidak perlu menikam Amasa lagi kerana dia sudah mati. Setelah itu, Yoab dan Abisai, adiknya, mengejar Seba anak Bikri.


Sekembalinya Abner ke Hebron, Yoab membawanya sebentar ke samping di tengah-tengah pintu gerbang itu, seakan-akan hendak berbicara secara empat mata dengannya. Lalu ditikamnyalah perut Abner sampai mati demi membalas hutang darah Asael, adiknya.


Demikianlah Yoab dan Abisai, adiknya, membunuh Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka, dalam peperangan di Gibeon.


Mereka masuk ke bahagian tengah rumah, seolah-olah hendak mengambil gandum, lalu menikam dia di perutnya. Setelah itu, Rekhab dan Baana, saudaranya, melarikan diri.


Kemudian raja dan orangnya pergi ke Yerusalem mendatangi orang Yebus, penduduk negeri itu. Orang Yebus berkata kepada Daud, “Engkau tidak mungkin masuk ke sini. Bahkan orang buta dan orang tempang dapat mengusirmu.” Fikir mereka, “Daud tidak dapat masuk ke sini.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan