Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Lalu masing-masing menangkap kepala lawannya dan menikamkan pedangnya ke rusuk lawannya, sehingga mereka roboh bersama-sama. Oleh sebab itu tempat itu disebut Helkat-Hazurim, letaknya di Gibeon.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Mereka saling mencengkam kepala dan saling menikam perut lawan, sehingga mereka semua mati. Maka tempat di Gibeon itu dinamakan “Ladang Pedang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Mereka saling mencengkam kepala dan saling menikam perut lawan, sehingga mereka semua mati. Maka tempat di Gibeon itu dinamakan “Ladang Pedang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:16
7 Iomraidhean Croise  

Kata Abner kepada Yoab, “Suruhlah anak-anak muda tampil dan bertanding di hadapan kita.” Jawab Yoab, “Ya, suruhlah mereka tampil ke hadapan.”


Kemudian bersiaplah mereka dan maju menurut jumlahnya, iaitu dua belas orang daripada suku Benyamin dan daripada Isyboset anak Saul, serta dua belas orang daripada anak buah Daud.


Maka berlakulah peperangan yang amat sengit pada hari itu. Abner dan orang Israel tertewas oleh anak buah Daud.


Abner berseru kepada Yoab, katanya, “Haruskah pedang tidak henti-henti makan? Tidakkah engkau tahu bahawa hal itu akan berakhir dengan kepahitan? Berapa lama lagi engkau enggan menyuruh pasukan itu berhenti mengejar saudara-saudara mereka?”


Masing-masing menewaskan lawannya sehingga orang Aram itu melarikan diri, dikejar oleh orang Israel. Benhadad, raja Aram, juga menyelamatkan diri dengan menunggangi kuda bersama beberapa orang pasukan berkuda.


Seluruh penduduk Yerusalem mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.)


Daerah mereka ialah Helkat, Hali, Beten, Akhsaf,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan