Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 18:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian Daud mengerahkan pasukan itu, sepertiga di bawah perintah Yoab, sepertiga di bawah perintah Abisai anak Zeruya, adik Yoab, dan sepertiga lagi di bawah perintah Itai, orang Gat. Lalu berkatalah raja kepada pasukan itu, “Aku juga akan mara bersama-sama kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Setelah itu baginda menyuruh mereka mara untuk berperang dalam tiga kumpulan, masing-masing dipimpin oleh Yoab, Abisai adik Yoab, dan Itai dari Gat. Raja bertitah kepada anak buahnya, “Beta juga ikut bersama dengan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Setelah itu baginda menyuruh mereka mara untuk berperang dalam tiga kumpulan, masing-masing dipimpin oleh Yoab, Abisai adik Yoab, dan Itai dari Gat. Raja bertitah kepada anak buahnya, “Beta juga ikut bersama dengan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 18:2
14 Iomraidhean Croise  

Oleh sebab itu aku menasihatkan supaya semua orang Israel yang ramainya bagaikan pasir di tepi laut, tersebar dari Dan ke Bersyeba, dipanggil untuk bergabung dengan tuanku. Kemudian tuanku sendiri harus pergi bertempur.


Tetapi Abisai anak Zeruya datang membantu Daud lalu menyerang dan menumpaskan orang Filistin itu. Setelah itu, anak buah Daud mendesaknya, “Jangan lagi tuanku maju berperang bersama-sama kami, supaya jangan tuanku memadamkan pelita yang menerangi Israel.”


Abisai, adik Yoab anak Zeruya, ialah ketua atas ketiga-tiga orang itu. Dia pernah mengayunkan tombak melawan tiga ratus orang dan menewaskan kesemuanya, sehingga namanya masyhur dalam kalangan ketiga-tiga orang itu.


Yoab anak Zeruya mengepalai tentera. Yosafat anak Ahilud menjadi pencatat sejarah.


Maka sampailah berita itu kepada Yoab yang sememangnya telah berpihak kepada Adonia, sekalipun dahulu dia tidak berpihak kepada Absalom. Maka larilah Yoab ke Khemah Suci TUHAN, lalu dipegangnyalah tanduk-tanduk mazbah.


Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.


Maka dia membahagikan tiga ratus orang itu kepada tiga pasukan dan kepada tangan mereka semua diberikannya sangkakala dan buyung kosong dengan jamung di dalamnya.


Lalu Gideon dan pasukan seratus orangnya tiba di hujung perkhemahan itu pada permulaan giliran kawalan tengah malam, ketika para pengawal baru sahaja ditempatkan. Lalu mereka meniup sangkakala sambil memecahkan buyung di tangan mereka.


Abimelekh membawa orangnya yang dibahagikan kepada tiga pasukan untuk menyerang hendap warga kota itu. Maka sebaik sahaja dilihatnya pasukan itu keluar dari dalam kota, dia pun menyerang mereka.


Keesokan harinya, Saul membahagikan rakyat kepada tiga pasukan. Mereka masuk ke tengah-tengah perkhemahan musuh pada waktu fajar menyingsing dan menyerang orang Amon sampai waktu hari panas terik. Tercerailah mana-mana orang Amon yang terselamat hinggakan tiada dua orang pun yang masih bersama-sama.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan